mintak maaf ye, gambar ni terperangkap dlm jammed teruk
yg memakan masa berminggu2! LOL
yg memakan masa berminggu2! LOL
kek ni se-antero family suka..
1st time buat dulu, terus dpt order dr kwn mama..
pastu, bila bwk kt ofis abah time majlis kesyukuran aritu, staff abah plak nk order, tp terpaksa cancel sbb time tu tgh bz nk final exam.
so, skrg, meh kite same2 tgk bahan2 kek yg yummylicious (pd anak tekak wani laaaa) :D
Bahan-bahan Carrot Cake (utk 8" x 8" x3" square, atau 8" x 12" x 3" square)
A - 1 1/4 cup minyak sayuran (klu xde, blh guna minyak masak)
A - 4 biji telur gred B
A - 120 gm gula castor
A - 120 gm gula perang
A - 100 gm walnut panggang-chopped
A - 1 1/2 cup carrot yg telah disagat
A - 1 cup golden raisin (klu ganti buah lain yg masam2 sket pn ok i.e nenas kiub dlm tin)
B - 250 gm tepung high protein (tpg gandum pn blh)
B - 1 sudu teh baking soda
B - 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
B - 1/4 sudu teh garam (jika perlu)
Cara-caranya:
- panaskan oven 180C, alaskan loyang pembakar dengan kertas minyak.
- utk bhn A, pukul telur hingga kembang, masukkan kedua-dua gula, pukul hingga gula hancur. masukkan minyak dan sebatikan.
- masukkan chopped walnuts, raisin dan carrot. sebatikan guna senduk kayu.
- akhir sekali, masukkan bhn2 B yg telah diayak terlebih dahulu kedalam adunan tadi.
- sebatikan adunan dengan menggunakan senduk kayu.
- tuang adunan ke dalam loyang pembakar, bakar selama 45 minit atau hingga masak.
Bahan Cream Cheese Frosting:
250 gm cream cheese
120 gula icing (biasanya wani akan kurangkan ikut kemanisan)
sedikit butter
sedikit perahan lemon
Cara-caranya:
- putar cream cheese, masukkan gula icing yg telah diayak sedikit2. ikut kemanisan yg dikehendaki. masukkan butter(ikut consistency adunan-jika perlu, tambah.) masukkan perahan lemon.
- hiaslah kek anda!
- *jika anda mempunyai Food Processor(FP), boleh terus masukkan semua bhn frosting ke dalam FP dan blend hingga sebati.
*note : wani bakar guna api bwh sahaja, memandangkan oven kt rumah ni kecil je, jadi tempoh membakar kek ni agak lama, hampir 1 jam atau lebih.
so, process pembakaran ni bergantung pada oven masing2 yaa :)
*note: kek lebih sedap jika dihidangkan selepas disejukkan semalaman.
happy baking! ^__^
*UPDATED* this recipe is an adaptation of Suria's Carrot Cake Recipe. credits to her super recipe.




