Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Monday, May 11, 2015

Kek Gula Hangus tanpa Susu Pekat Manis



Bismillah

Nk kongsi resipi buat kek gula hangus yang paling mudah sbb tak perlu peram dan versi healthier than before. Hehe. Pastikan guna gula yg betul, tepung tanpa peluntur, soda bikarbonat yg masih berfungsi, telur segar..

Recipe asal di sini:

kek gula hangus: http://jommainmasakmasak.blogspot.com/2010/12/kek-gula-hangus.html

☺️ Kek Gula Hangus Mudah ☺️
tanpa Susu Pekat Manis dan tak perlu peram lama; terus bakar!

Bahan-bahan

(A) - Gula Hangus
1/2 cawan molasses
1/4 cawan organic raw cane sugar (orcs)
1 cawan air panas
2 sudu besar pure butter

(B) - Adunan Kek
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu segar + 3 sudu besar molasses
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur

Cara-cara

1 - Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus
2 - Masukkan air panas sedikit-sedikit dan masak lagi hingga gula cair.(hati2 sbb merecik2)
3 - Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. Sementara itu....
4 - Guna blender, blend telur hingga berbuih banyak.
5 - Masukkan susu segar dan gula molasses ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6 - Masukkan pula tepung + soda yg sudah di ayak dan sebatikan.
7 - Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8 - Masukkan adunan kek ke dalam loyang yang dah disapu minyak. 
9 - Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam atau hingga masak.

Wednesday, July 24, 2013

Kuih Bakar Kemboja versi baby

Kuih ni sama je resipi dengan yang ernah di upload.
Cuma, untuk bayi yang berumur setahun ke atas dan masih belum mencapai umur 2 tahun, ada sedikit perubahan pada beberapa bahan yang digunakan.


Kuih Bakar Kemboja versi Baby
Sumber asal: Syazwani Adnan
Saiz hidangan: mengikut saiz loyang/bekas ramekin yang digunakan


  • 1/2 cawan jus pandan (blend 3-4 daun pandan yang betul2 berwarna hijau pekat dengan 1/2 cup air tapis)
  • 1 cawan tepung gandum unbleached
  • 1 1/4 cawan santan
  • 1 sudu besar butter-cairkan
  • 2 biji telur 
  • 2 sudu besar Chia seeds
  • bijan - untuk ditabur

cara-cara:
  1. campurkan semua bahan kecuali bijan. blend sampai sebati dan tepung tidak berbintil/berbiji.
  2. masukkan dlm bekas (ramekin saiz kecil atau apa2 loyang sesuai) yang telah di sapu minyak sayuran atau butter cair. Tabur bijan. bakar selama 30-40 minit pada suhu 180C - 250C sampai garing di permukaan.
P.s: untuk anak yang dah berumur 2 tahun ke atas, boleh perkenalkan gula dan garam yang tidak diproses seperti organic sea salt dan molasses sugar, organic raw cane sugar..

Tuesday, January 22, 2013

All Natural Red Velvet Cake (using Beet Root)

Bismillaah..

Lama (again) tak update blog. kadang2 bertangguh, lama2 jadi malas. hehe.
tapi takpe, skrg sy 'bayar hutang' dulu..  :)

Sebenarnya sy dh lama teringin sgt nak buat red velvet cake yg memang disukai ramai tu. tapi bila percubaan pertama agak tak jadi (warna merah jadi warna merah darah ikan - sgt gelap!), dan bila fikir2 balik, resipi yg biasa pembuat kek guna memerlukan paling kurang 2 sudu besar/sudu makan/tablespoon untuk 1 resipi kek baldu merah. ianya sungguh tidak menyihatkan! kek ni memang dijual dengan harga yang mahal (mmg mahal, sebab topping cheese tu bukan guna seketul 250g ye! mungkin 2 hingga 3 ketul utk sebiji kek yg di-layer), dan menggunakan pewarna tiruan yang banyak, saya rasa tak berbaloi sgt kalau sy nak beli dan makan. maka, bermulalah misi mencari alternatif bagi menggantikan pewarna merah tiruan.



BEET ROOT!
Ya, benar. Beet Root atau ubi bit adalah sejenis ubi yang berwarna merah. ia boleh dijadikan pengganti kepada pewarna merah tiruan :) jadi, boleh juga kita namakan kek ni Beet Root Chocolate Cake :)

Jadi, sy beranikan diri bereksperimen dengan menggunakan bahan-bahan yang agak mahal. Kenapa mahal? Sebab hampir semua bahan adalah organic - unbleached flour, organic cocoa powder, organic beet root dan juga organic raw cane sugar. Sy memang sengaja guna bahan-bahan organic ni memandangkan bahan utamanya - ubi bit - pun bebas bahan kimia (in syaa Allaah), jadi apa salahnya bahan lain juga turut selamat dari bahan kimia, kan?

All-Natural Red Velvet Cake

all natural red velvet cake
resipi asal dari sini: http://www.sophistimom.com/red-velvet-cake-all-natural-no-red-dye/
  • 2 large beets (enough for 1 1/2 cups puree)
  • 1/4 cup freshly squeezed lemon juice
  • 1 tablespoon vinegar
  • 2 sticks (16 tablespoons) unsalted butter, softened, but not quite room temperature
  • 1 8 ounce package of cream cheese, softened slightly (tuan resipi kata boleh ganti guna buttermilk dengan amaun yg sama)
  • 2 1/3 cups sugar (sy letak hampir 2 cawan sahaja)
  • 4 eggs
  • 1 1/2 teaspoons pure vanilla extract
  • 2 cups unbleached all-purpose flour
  • 1 1/2 teaspoons baking powder
  • 1 1/2 teaspoons kosher salt
  • 4 tablespoons natural (not dark or dutch processed) cocoa powder*
Preparation:

Antara bahan yang sy gunakan dalam resipi ini.

Potong ubi bit kecil-kecil, kemudian bakar dalam bekas berisi 1/2 cawan air.
bakar pada suhu170C sehingga agak lembut utk dikisar.

  1. Preheat oven to 350 degrees (165 degrees celsius). Place beets in a small baking dish and add a 1/2 cup of water. Cover with parchment paper and foil, and roast until quite tender, about 60-90 minutes. Allow to cool completely.
  2. Butter 3 8 inch cake pans. Cut out parchment paper circles and place in the bottoms of the pans. Butter the parchment paper and dust with flour. Set aside. Peel the beets and cut into large chunks. Place in a food processor (or a very good blender) with the lemon juice, and pulse until smooth and pureed.** Stir in the vinegar.
  3. In a mixer fitted with the paddle attachment, cream together butter and cream cheese. Pour in sugar and mix until smooth. Add in eggs, one at a time, mixing well until each is incorporated. Mix in vanilla. 
  4. While ingredients are mixing, whisk together flour, baking powder, salt, and cocoa powder in a separate bowl. Slowly add flour mixture to the wet ingredients. Measure out 1 1/2 cups of the beet puree mixture, and fold into the cake batter. Divide the batter evenly between the cake pans. Tap pans on the counter to remove any air bubbles.
  5. Bake at 350 degrees for 20-35 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cakes comes out clean. Invert cakes onto cooling racks, and allow to cool completely. Wrap in plastic wrap and refrigerate or freeze until ready to frost.



*Some people have commented and said that their cake has turned out maroon in color, instead of the red like the picture. I just tested the recipe again, to see if I could recreate what happened. It could be the cocoa. In the photographs, I used only 2 tablespoons of cocoa because the red color was my main objective, not the chocolate flavor. So, if you’re more concerned about the color than the chocolate flavor, then just use 2 tablespoons of cocoa instead of the 1/4 cup.

**The other thing I discovered while testing it today, is that I didn’t make my puree as fine. In the pictures from last time, you can see that the texture of the beet puree is very smooth, almost like baby food. I think that may have affected the color. Each tiny piece of beet adds to the color, and if there’s more surface area surrounding each teeny tiny piece, then you’ll get a stronger red. I think.

Jemput Makan!

Tuesday, July 3, 2012

Kuih Cara Berlauk / Berinti

Bismillah..

---
"ada 'cara' lah *** buat kuih ni.." kata sang suami sambil tersenyum memberi pujian membina terhadap masakan sang isteri. kuat betul mengusik orang. hehe.
---


lama betul nak tunggu entry baru kt blog ni. nak kata tak ada masa, ada jugak. mungkin tak ada masa yang SESUAI kot. hehe.

semalam saja cuba buat kuih cara manis (rasanya itu kali pertama buat sendiri sejak bergelar isteri. sebelum ni 'berduet' dengan mama je. hehe). alhamdulillah, menjadi. cuma lupa masukkan garam dalam adunan kuih cara, jadi lain sikit lah rasanya. buat lebih utk ke rumah mertua semalam. alhamdulillah, disukai ramai ^_^
dek keterujaan cuba membuat kuih cara manis, lupa nak snap gambarnya. hehe.

semalam, bila beritahu suami yang isterinya ni nak buat kuih cara, suami tanya balik, "nak buat kuih cara berlauk ke?". alamak. barang2 yang tersedia di rumah ni hanyalah utk kuih cara manis. kalau kuih cara berlauk kena ada 'lauk'nya (inti daging/ayam). "lain kali lah ye bang, bahan tak ada utk buat 'lauk' kuih cara tu", pujuk si isteri. suami menggangguk tanda setuju ;)

jadi, harini wani tunaikan permintaannya yang memang minat kuih cara berlauk. kuih cara manis pun kesukaannya juga ^_^

oh ya, ini pertama kali wani cuba buat kuih cara berlauk :)


Kuih Cara Berlauk


Bahan 'Lauk': - sediakan lebih awal
resipi asal dari sini:  http://resipicitarasawan.blogspot.com/2009/10/kuih-cara-berlauk.html 

  • 4 biji bawang merah (kecil) -  ditumbuk
  • 1/2 inci halia  -  ditumbuk
  • 1 paket rempah kari daging
  • 300 gm daging kisar - boleh juga guna ayam
  • 1 biji bawang besar  -  dipotong dadu
  • gula dan garam secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara Penyediaan 'Lauk':
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang, halia dan rempah kari hingga garing dan berbau wangi.
  2. Masukkan daging.  Gaulkan hingga bertukar warna.  Kemudian masukkan bawang besar dadu dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya.  Masakkan inti hingga kering. 
  3. Masukkan 1 sudu kecil tepung gandum supaya tidak melekat (wani tak buat).  Tutupkan api. Sejukkan.


Bahan Kuih Cara: 
resipi asal dari sini  http://resepiraidah.blogspot.com/2008/09/kuih-cara-manis.html 

  • 2 cawan tepung gandum (wani guna tepung atta - not bad!)
  • 3 cawan santan (wani guna 2 cawan santan + 1 cawan air)
  • 2 biji telur
  • secubit garam
  • sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning (jika tak mahu letak pewarna lagi bagus - Additives Free)



Cara Penyediaan Adunan Kuih Cara:

  1. satukan bahan-bahan ke dalam blender. blend hingga halus dan adunan tidak berbiji-biji.
  2. masukkan ke dalam jug bermuncung (supaya senang nak tuang semasa membakar).


Bahan Hiasan Kuih Cara Berlauk:

  • Cili merah - dibelah dan dibuang bijinya. kemudian dipotong memanjang atau didadukan
  • daun sup & daun bawan - dipotong halus



Cara Penyediaan Kuih Cara Berlauk:

  1. panaskan loyang acuan kuih cara di atas api kecil selama 2-3 minit.
  2. sapu sedikit minyak, tuangkan adunan kuih cara.
  3. masukkan sesudu teh 'lauk'/inti.
  4. taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan cili merah.
  5. tutup loyang, 'bakar' selama 2 minit atau hingga permukaan kuih cara berlauk 'kering' dan masak. (pastikan api kecil sahaja digunakan untuk mengelakkan hangus pada kulit luar kuih)

Tips supaya adunan tak melekat pada loyang acuan:

** JANGAN LUPA letak TELUR (seperti dalam resipi). kalau tak ada telur, mmg mudah melekat.
** panaskan loyang atas dapur. guna api besar pun ok. penuhkan lubang-lubang acuan kuih dengan minyak masak. 'masak' minyak sehingga keluar asap panas/menggelegak. curahkan minyak ke dalam bekas lain. loyang sedia diguna :)
selamat mencuba! ^_^

Friday, May 25, 2012

Ayam Panggang Lemon - Rosemary

Assalamualaikum..
kembali bersiaran di blog sendiri setelah anak pun dah hampir 3 bulan minggu depan :) alhamdulillah.. pengalaman baru untuk hidup dengan orang baru :)

sebelum habis tempoh berpantang haritu, suami ada request saya buatkan ayam panggang lemon-rosemary bila saya dah betul2 sihat nanti. jadi, lepas habis berpantang dan rasa dah kuat sikit, saya pun tunaikanlah permintaannya tu.. alhamdulillah.. lega rasa dapat tunaikan permintaannya :) lagi pun nak sediakan resipi ni senang aje.. perap dan bakar.. senang :)

ayam panggang lemon-rosemary ni dah jadi kegemaran family wani lah pula. so, memang tak akan serik nak buat banyak kali (in fact, dah buat 5 kali kot).

resipi ni asalnya dari Jamie Oliver. tapi wani ubah cara penyediaannya - perap. ok, jom tengok resipi versi wani! :)


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (lebih kurang 1kg+)
  • garam dan serbuk lada hitam
  • 1kg kentang
  • 1 biji lemon
  • bawang putih
  • herba Thyme
  • olive oil
  • herba rosemary
Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam dengan generous amount of garam dan serbuk lada hitam selama at least 3 jam. Lebih sedap diperap sehari semalam :) Perap dalam peti sejuk.
  2. sediakan periuk berisi air dan sedikit garam. Rebus kentang, lemon dan bawang putih sehingga kentang hampir empuk.
  3. Panaskan oven 190C selama 20 minit.
  4. Keluarkan ayam dari peti sejuk. Guna kitchen tissue untuk lap lebihan air pada ayam. Ketepikan sebentar.
  5. Tapis rebusan. biarkan selama 1 minit.
  6. Ambil bawang putih yang telah direbus tadi, tumbuk sedikit guna lesung batu. Masukkan herba kering rosemary dan thyme serta minyak zaitun. Lenyekkan dan sapu rata pada bahagian luar dan dalam ayam.
  7. Ambil lemon dan cucuk-cucukkan dengan pisau (supaya jus lemon keluar semasa membakar ayam). Sumbatkan lemon yang dicucuk tadi ke dalam ayam.
  8. Taburkan kentang yang telah direbus ke atas loyang. Letakkan ayam di bahagian tengah.
  9. Bakar ayam selama 45 minit. Keluarkan loyang sebentar. Alihkan ayam ketepi, gaul rata kentang dengan jus hasil dari ayam yang dibakar.
  10. Masukkan kembali ayam (kali ini terbalikkan ayam) ke dalam loyang, bakar selama lebih kurang 45 minit.
  11. Setelah masak, hidangkan sebagai menu utama atau menu ratah-ratah! :)

selamat mencuba ^_^

oh ya, ini kali pertama (kalau tak silap) wani cuba resipi ni:

ayam panggang + steamed buttered cauliflower n broccoli