Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Friday, November 25, 2011

Udang & Sotong Celup Tepung



Udang Celup Tepung
Sumber: E-Na Lovely Kitchen


Bahan-bahan:
  • 20 - 30 ekor udang (wani tambah sotong juga, potong bulat2)
  • 80 gram tepung gandum (wani ada cuba guna tepung atta, sedap juga. rasa dia berempah sikit)
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit 
  • serbuk lada hitam (optional - wani tambah)

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
  3. Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.
  4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
  5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
  6. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
  7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
  8. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
  9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.
TIPS
  • Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak meletup yer....AWAS!
  • Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat....

Tuesday, September 27, 2011

Cantonese Yee Mee



Cantonese Yee Mee


Untuk Kuah:

  • Minyak utk menumis
  • 6 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 2 inci halia - hiris nipis
  • 5 biji cili padi - diketuk sedikit




  • 2 liter air (kuantiti air boleh agak-agak ye..)
  • 2 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam secukup rasa
  • 8sudu besar tepung jagung - larutkan dgn sedikit air




  • 1 ikat sayur sawi - potong kecil
  • 1 peket fishball - belah 2
  • 1 peket fishcake - potong kecil
  • 20 ekor udang sederhana - bersihkan



Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis halia, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan air. Masukkan telur sambil kacau perlahan-lahan.
  3. Masukkan garam ikut kesukaan. Masukkan larutan tepung jagung - kepekatan kuah ikut suka.. (Kuah cantonese yee mee ni sedikit likat.) biarkan kuah mendidih sebentar.
  4. Masukkan fishball dan fishcake, kacau perlahan.
  5. Perhatikan kepekatan kuah, kalau belum likat, tambah campuran tepung jagung dan air.
  6. Akhir sekali, masukkan sayur sawi dan udang. Biarkan 2-3minit, kemudian tutupkan api.



P.S: menu sebegini lebih sedap jika banyak halia digunakan - boleh hilangkan rasa/bau hanyir telur.. ;)

Friday, August 19, 2011

Apam Salju/Tukaz/Beras

Semalam, wani cuba resipi apam beras dari Kak Yatie.. kedua2 mak dan mak mertua puji sedap.. alhamdulillah. cuma wani buat separuh dari resipi di bawah sebab kebetulan balance nasi pun hanya ada xsampai 1 cawan.. jadi, utk 1st time boleh lah cuba buat separuh adunan je.. mama suh buat lagi next time. next time kena ada pelengkapnya iaitu kelapa! baru ada 'kick'. hehe. tp apam ni juga sedap dimakan begitu sahaja tanpa kelapa ;)

oh ya, texture dia lembut, tp taklah lembut sgt.. adakah sebab lepas perap, adunan tu 'dikacau2', jadi adunan tu 'jatuh' sedikit?? dan adakah kena perap dalam loyang/acuan dia terus? sbb wani teringinkan apam beras yang lembut sikit dari yg wani buat ni.. mama kata kalau lembut sikit lg mesti lebih sedap.. huhu.. sifu2 apam sekalian terutamanya k.yatie, if u read this entry, tolong leraikan kemusykilan wani boleh? (macam masalah besar je bunyi nya hehe)


Apam-apam tanpa 'teman akrab' mereka - kelapa!! hehe


Apam Beras/Apam Nasi/Apam Salju/Apam Tukaz
Sumber: K.Yatie of (yatiememories.blogspot.com)


Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Thursday, August 18, 2011

Kuih Bakar Kemboja

Assalamualaikum.. inilah entry pertama selepas menjadi isteri orang. hehe. sibuk sikit, sampai kadang2 malas nk update blog. tp wani tetap rajin menjenguk blog kawan2 yg lain..

dan sempena ramadhan kali ni, adalah beberapa juadah yg wani cuba sediakan.. termasuklah kuih bakar kemboja ni.. kuih bakar ni favourite mama wani. dia ada resipi khas yg disukainya, tp wani saje nk cuba resipi 'hot' dari JoAyee ni. alhamdulillah, mmg terbukti kesedapannya.

sedap, mmg sedap.. sampai 3 hari berturut2 wani buat kuih ni. bila dok kt dapur tu, rasa macam dah buka gerai jual kuih pula kt depan rumah. hehe. so, inilah sebab2 utama 3 hari berturut2 buat kuih ni:
  1. hari pertama buat - saja nk cuba resipi. wani buat 1.5 adunan. lepas dah cuba, mama minta buat lembut sikit dan kurangkan manis.
  2. hari kedua buat - kali ni buat 2 adunan. nk bawa ke rumah abg ipar (berbuka kt sana). dah alter resipi. jadi lembut dan kurang manis. alhamdulillah.
  3. hari ketiga buat - sebab nk menikmati kesedapannya. hihi. kalau kt bazar ramadhan sekeping ni RM3.50 - RM4 kot. baik buat sendiri. bak kata suami: "ni lah untungnya buat sendiri. kalau keras boleh lembutkan. kalau manis, boleh kurangkan gula" hehe ;D
nanti wani tulis sedikit nota kaki tentang beberapa pengubahsuaian pada resipi ni..

Kuih Bakar Kemboja

Kuih Bakar Kemboja
Sumber: JoAyee (mekarmewangi)
Ubahsuai resipi oleh: Syazwani Adnan
Saiz hidangan: 4 keping (ikut acuan sebenar kuih bakar - seperti dalam gambar di atas)

  • 1 cup gula (wani hanya guna 1/2 - 3/4 cawan sahaja)
  • 1 cup juice pandan (atau air + 1 tsp pandan paste) (wani tambah lagi 1/4 cawan air - untuk dapatkan kuih yg lembut)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cups santan atau 450ml (wani guna 2 cawan santan pekat + 1/4 cawan air)
  • 2 tbs butter-cairkan
  • 3 biji telur (kalau tak nak tambah 1/4 cawan air lagi, boleh tambah sebiji telur lagi** - lihat nota dari wani di bawah bahagian resipi)
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan - untuk ditabur

cara-cara:

  1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati dan tepung tidak berbintil/berbiji.
  2. masukkan dlm bekas yg di sapu minyak. tabur bijan. bakar selama 30-40 minit pada suhu 180C sampai garing di permukaan.


Nota kaki dari wani (dan mama):
  • kata mama, adunan ni sedikit manis. jadi, bg sesiapa yg kurang suka manis2 sgt, bolehlah kurangkan sukatan gula (seperti tulisan warna hijau dalam resipi di atas - ubah suai dari wani). boleh pilih nk guna 3/4 cawan gula atau hanya 1/2 cawan. ikut tekak masing2 lah yea ;)
  • mama suka kuih bakar yg masih lembut bila dah sejuk. jadi, mama bg tips agar tambah adunan cecair. setakat ini wani hanya lebihkan air sebanyak 1/4 cawan. tp, mama kata boleh juga gantikan air tambahan (1/4 cawan) dengan sebiji telur. insyaAllah kuih bakar kemboja ni akan lembut sampai waktu bersahur keesokan harinya.
  • cara mama wani bakar kuih ni - panaskan loyang/acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur. kalau nk elakkan dari adunan melekat pada loyang, penuhkan loyang dengan minyak masak. panaskan sehingga keluar asap (betul2 panas). kemudian tuang (keluarkan) minyak tu dari loyang/acuan. kecilkan api sekecil2nya. sapu minyak atau butter pada loyang/acuan. dan tuang adunan ke dalamnya. 'masak' sebentar di atas dapur (5-10minit) dengan api yg sangat kecil  - tujuannya hanya untuk dapatkan kulit yg agak garing. kemudian sambung bakar kuih di dalam oven selama 30 - 40 minit hingga permukaan kuih nampak keperang-perangan dan garing.
Selamat Mencuba! ^__^

    Wednesday, April 13, 2011

    Black Forest Cake

    Bismillah..
    Assalamualaikum semua, dh lama wani tak kongsi apa2 kt blog yea, skrg tgh sibuk sikit dengan final exam. tambahan lagi wani final year student, jadi, kena buat lebih baik, agar ada kenangan indah yg terakhir di Universiti! doakan wani ye.
    di samping sibuk dengan final exam sebagai final year student, wani pun sibuk sikit dengan urusan perkahwinan seseorang.. hehe.. doakan agar Allah permudahkan urusan perkahwinan utk dia ye!

    ok, ni gambar Black Forest Cake - produk terbaru dalam list - yang telah ditempah oleh kawan wani dari Labis, Johor. tempahan ni dah lama, masa cuti raya cina haritu.. skrg baru wani sempat kongsikan resipi dan gambarnya.. kredit resipi kepada k.nina of Sweet lilly's Kitchen dan k.zana of Zanazman :)

    selamat mencuba! ^__^



    KEK SPAN COKLAT

    Recipe by: Sweetlilly Kitchen

    Bahan-bahan:
    • 5 biji telur gred b
    • 170gm gula kaster
    • 1 sudu teh ovalette 
    • 100gm tepung gandum
    • 1 sudu teh baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
    • 40gm serbuk koko
    • 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

    Cara-cara:
    1. Putar semua bahan (kecuali minyak/mentega cair) sehingga adunan betul2 kembang.
    2. apabila adunan betul2 kembang, tuangkan minyak/mentega cair ke dalam adunan, dan sebatikan dengan cara kaedah kaup balik.
    3. tuang adunan ke dalam loyang berukuran 8 inci. 
    4. bakar pada suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit api atas bawah.


    Utk dijadikan blackforest
    Recipe by: Celoteh Zanazman


    Bhn jem:
    • 1 tin dark pitted cherry - asingkan air dan buah, simpan sedikit air utk dibasahkan atas kek span
    • 2 sdb tepung jagung


    Cara-cara:
    1. Masak kedua2nya plus air dia skali sampai pekat.


    Untuk coating:
    • beat whip cream sampai tahap sesuai utk disapu kat kek.


    Untuk hiasan:
    • coklat parut
    • coklat urai
    • ceri maraschino


    Cara penyediaan Black Forest Cake:
    1. Pastikan kek coklat betul2 sejuk (untuk elakkan krim putar mencair), potong 2 lapis or 3 lapis. 
    2. renjis setiap lapisan kek dgn jus buah ceri. 
    3. sapu first layer dgn whip cream, then letak jem dark ceri tu. 
    4. letak another layer dan ulangi cara #3. 
    5. salut kek dgn krim putar. 
    6. tabur coklat parut kat atas kek dan coklat urai tabur kat tepi. 
    7. paip sedikit krim putar di atas kek, dan hias dengan ceri maraschino.

    Feedback dari kawan wani:
    kek dah sedap, cuma kering ja. 
    hmm, mungkin wani perlu lebihkan air cherry utk basahkan kek. atau, perlu tukar dari sponge cake ke moist chocolate cake. i'll give it a try soon, insyaAllah! ^__^ terima kasih dik kerana memberi kepercayaan pada akk untuk cuba buatkan kek ni utk awk ye ;)