dan sempena ramadhan kali ni, adalah beberapa juadah yg wani cuba sediakan.. termasuklah kuih bakar kemboja ni.. kuih bakar ni favourite mama wani. dia ada resipi khas yg disukainya, tp wani saje nk cuba resipi 'hot' dari JoAyee ni. alhamdulillah, mmg terbukti kesedapannya.
sedap, mmg sedap.. sampai 3 hari berturut2 wani buat kuih ni. bila dok kt dapur tu, rasa macam dah buka gerai jual kuih pula kt depan rumah. hehe. so, inilah sebab2 utama 3 hari berturut2 buat kuih ni:
- hari pertama buat - saja nk cuba resipi. wani buat 1.5 adunan. lepas dah cuba, mama minta buat lembut sikit dan kurangkan manis.
- hari kedua buat - kali ni buat 2 adunan. nk bawa ke rumah abg ipar (berbuka kt sana). dah alter resipi. jadi lembut dan kurang manis. alhamdulillah.
- hari ketiga buat - sebab nk menikmati kesedapannya. hihi. kalau kt bazar ramadhan sekeping ni RM3.50 - RM4 kot. baik buat sendiri. bak kata suami: "ni lah untungnya buat sendiri. kalau keras boleh lembutkan. kalau manis, boleh kurangkan gula" hehe ;D
Kuih Bakar Kemboja |
Sumber: JoAyee (mekarmewangi)
Ubahsuai resipi oleh: Syazwani Adnan
Saiz hidangan: 4 keping (ikut acuan sebenar kuih bakar - seperti dalam gambar di atas)
- 1 cup gula (wani hanya guna 1/2 - 3/4 cawan sahaja)
- 1 cup juice pandan (atau air + 1 tsp pandan paste) (wani tambah lagi 1/4 cawan air - untuk dapatkan kuih yg lembut)
- 2 cup tepung gandum
- 2 1/4 cups santan atau 450ml (wani guna 2 cawan santan pekat + 1/4 cawan air)
- 2 tbs butter-cairkan
- 3 biji telur (kalau tak nak tambah 1/4 cawan air lagi, boleh tambah sebiji telur lagi** - lihat nota dari wani di bawah bahagian resipi)
- 1/2 tsp garam
- colour hijau
- bijan - untuk ditabur
cara-cara:
- campurkan semua bahan. blend sampai sebati dan tepung tidak berbintil/berbiji.
- masukkan dlm bekas yg di sapu minyak. tabur bijan. bakar selama 30-40 minit pada suhu 180C sampai garing di permukaan.
Nota kaki dari wani (dan mama):
- kata mama, adunan ni sedikit manis. jadi, bg sesiapa yg kurang suka manis2 sgt, bolehlah kurangkan sukatan gula (seperti tulisan warna hijau dalam resipi di atas - ubah suai dari wani). boleh pilih nk guna 3/4 cawan gula atau hanya 1/2 cawan. ikut tekak masing2 lah yea ;)
- mama suka kuih bakar yg masih lembut bila dah sejuk. jadi, mama bg tips agar tambah adunan cecair. setakat ini wani hanya lebihkan air sebanyak 1/4 cawan. tp, mama kata boleh juga gantikan air tambahan (1/4 cawan) dengan sebiji telur. insyaAllah kuih bakar kemboja ni akan lembut sampai waktu bersahur keesokan harinya.
- cara mama wani bakar kuih ni - panaskan loyang/acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur. kalau nk elakkan dari adunan melekat pada loyang, penuhkan loyang dengan minyak masak. panaskan sehingga keluar asap (betul2 panas). kemudian tuang (keluarkan) minyak tu dari loyang/acuan. kecilkan api sekecil2nya. sapu minyak atau butter pada loyang/acuan. dan tuang adunan ke dalamnya. 'masak' sebentar di atas dapur (5-10minit) dengan api yg sangat kecil - tujuannya hanya untuk dapatkan kulit yg agak garing. kemudian sambung bakar kuih di dalam oven selama 30 - 40 minit hingga permukaan kuih nampak keperang-perangan dan garing.
Selamat Mencuba! ^__^
3 comments:
Tips yg berguna tu... Thanx.. Tp nak tanya, bakar pakai api atas ke bawah?
Sama2, Kak Ti ;)
wani bakar api atas dan bawah..
As salam Wani. Dah cuba memang sedap. Bila nak share resepi mama Wani pula. Saya tunggu
Post a Comment