Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Friday, November 25, 2011

Udang & Sotong Celup Tepung



Udang Celup Tepung
Sumber: E-Na Lovely Kitchen


Bahan-bahan:
  • 20 - 30 ekor udang (wani tambah sotong juga, potong bulat2)
  • 80 gram tepung gandum (wani ada cuba guna tepung atta, sedap juga. rasa dia berempah sikit)
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit 
  • serbuk lada hitam (optional - wani tambah)

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
  3. Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.
  4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
  5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
  6. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
  7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
  8. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
  9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.
TIPS
  • Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak meletup yer....AWAS!
  • Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat....

2 comments:

aZuMaya said...

salam ..wow menarik nmpk cucur tue

Engineers Love Cooking said...

Sila lawat blog saya untuk jemput-jemput bilis di http://cooking-engineer.blogspot.com/2012/01/jemput-jemput-bilis-oats.html boleh cuba, dan jadilah follower untuk dapatkan resipi sekurang-kurang sekali seminggu.