tuan rumah baru berkesempatan nk 'bersihkan rumah' yg dh teruk. mcm rumah yg ditinggalkan, mungkin ber'penunggu', mungkin tidak. hoho.
sepanjang 1 minggu b4 'Eidil Adha, wani terlibat dengan Debat Diraja 2008 yg berlansung di UIA selama 3 hari bermula dari 28 November hingga 3 Disember 2008. seawal 7 pagi hingga lewat 11 malam mesti berada di sana. dan disebabkan wani off-campus, kenalah berulang-alik. nak tumpang bermalam di bilik kwn, mcm segan. lagipun rumah dekat sgt. he he.
jadi, xdelah aktiviti mengambil gambar makanan. sebab, dari breakfast hingga ke dinner, pihak UIA yang sediakan. jadi, takkan nk ambil gmbar makanan dlm polisterin pulak, kan? okla, cukup cerita pasal Royal Debate 2008 ni, kita sambung 'tujuan blog main masak-masak' ni pulak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
berbaki lagi 2 hari sebelum pulang ke kelantan (wani pulang ke kelantan pada 5/12 hingga 10/12), untuk melaksanakan ibadah korban di rumah rehat kami, bertempat di Pantai Cahaya Bulan, kelantan. jadi, wani decided utk try buat African Marble Cake yg baru2 ni tgh 'hot' sekejap kt FnR Cari Forum. sebelum ni wani pernah cuba kek marble resipi laen, tapi xcantik mcm kali ni. yg 1st attempt dulu, leper je. and kecut sedikit selepas disejukkan kt luar oven. mungkin adunan tak dipukul hingga kembang. and alhamdulillah, percubaan kedua baru-baru ni membuahkan hasil yg cukup memuaskan hati kami sekeluarga. kebetulan time kek siap dibakar tu, ada tamu jauh kami dr pahang, untuk menyerahkan Homemade Maruku mereka pada kami. sedap! hehe.
sedap makan kek ni, waktu tu time hujan tgh lebat. kitorg terus bancuh Kopi Radix (mai sechawenn) dan cicahkan kek ni. gebu2, cicah air panas. fuhh, sedap!
Sumber: Roshayati Johari @ Resipi.Net
Bahan-bahan:
- 250 g Tepung naik sendiri
- 200 g gula kastor
- 300 g telur - timbang tanpa kulit
- 1 camca besar ovellate
- 1 camca teh baking powder
- 2 camca besar susu pekat
- 50 g air
- 175 g butter - dicairkan
- coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari (wani guna chocolate emulco dan orange emulco)
Cara-caranya:
- Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
- Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
-
Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak. (wani bahagikan adunan kepada 3 bahagian; 1 bahagian dicampur chocolate emulco, 1 bahagian dicampur orange emulco dan pewarna oren, 1 bahagian lagi dibiarkan plain. guna senduk, lapiskan 1 1/2 senduk adunan chocolate, 1 1/2 senduk adunan orange, 1 1/2 senduk adunan plain, dan ulang hingga habis. bila dh habis, lorekkan permukaan adunan kek di dalam loyang. jika hendak dimarblekan pun boleh jugak - ikut kreativiti masing2.)
Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak. (wani mulakan membakar pada suhu 160, hanya guna api bawah. setelah hampir masak - cucuk bahagian tengah kek dengan lidi dan bila dikeluarkan, lidi bersih - wani tukarkan ke api atas bawah. apa2 pun, ikut ragam oven masing2 ya.)
Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.
nota sendiri : mama keep saying :"sedaplah kek ni. ni lah kek orang dulu2! org zaman skrg dah macam2 pesen kek nye.."
thank Allah mama loved this cake! tandanya suruh buat lagi ^__^
thank Allah mama loved this cake! tandanya suruh buat lagi ^__^
No comments:
Post a Comment