Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Showing posts with label Low Carb. Show all posts
Showing posts with label Low Carb. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Homemade Tuna Burger

I Love French Beans soooo much :)

Homemade Tuna Burger.

Bahan-bahan:

  • 1 tin tuna in water Ayam Brand
  • beberapa titik 'Tobasco'
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam (jika perlu. wani rasa tak perlu sbb tuna tu dah rasa masin sikit2)
  • 1/2 sudu teh campuran herba itali kering
  • 1 biji putih telur


Cara Penyediaan:

  1. buka penutup tin, tapiskan tuna untuk buang airnya.
  2. lenyekkan isi ikan tuna. 
  3. campurkan semua bahan kecuali putih telur. kalau perlu tambah garam, tambah sedikit sahaja.
  4. masukkan putih telur. gaul sebati.
  5. kepalkan campuran isi ikan tadi. wani buat dapat 3 ketul. bentukkan ikut kesukaan masin-masing ye.
  6. panaskan pan, letak sedikit minyak. masak untuk 3 minit setiap bahagian, atau terbalikkan tuna burger apabila permukaan sudah garing.
  7. hidangkan bersama salad kegemaran anda! ^_^


Inilah bentuk Tuna Burger yang telah dikepalkan.
kalau nk freeze sebentar sebelum digoreng pun boleh :)

Rajinkan diri anda untuk melihat nutrisinya!
p.s: boleh juga campurkan parmesan cheese/cheddar cheese/apa-apa cheese. juga boleh letak sedikit daun ketumbar seperti di sini. resipi ini inspirasi dari Kak Rahimah, owner of jomkurustoday.blogspot.com :)

Thursday, January 20, 2011

Grilled Salmon with Lemon-Dill Sauce


Bahan-bahan: (ikan dan perapan)
  • Ikan salmon
  • 2 sudu besar jus lemon
  • serbuk lada hitam
  • daun dill (diracik halus)
  • sedikit garam


Cara penyediaan:
  1. bersihkan ikan salmon.
  2. campurkan jus lemon, dan daun dill. lumurkan pada ikan.
  3. taburkan sedikit serbuk lada hitam dan sediki garam.
  4. perap selama 5-10 minit, grill atas kuali leper/grilling pan. grill selama 5-7minit untuk sebelah bahagian ikan.
  5. bila ikan dah masak, angkat ke dalam pinggan dan sejukkan sebentar. sementara itu sediakan sos.


Bahan-bahan: (sos putih lemon-dill)
  • 2 sudu besar butter
  • 1 biji bawang Holland - potong dadu kecil
  • 1 cawan susu full cream
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu teh daun dill (diracik halus)
  • sedikit garam


Cara penyediaan:
  1. cairkan butter dalam kuali kecil. tumis bawang holland hingga layu.
  2. masukkan susu, biarkan mendidih dan nampak pekat sedikit.
  3. masukkan jus lemon, kacau sentiasa.
  4. masukkan daun dill, dan perasa dengan garam.
  5. tuangkan ke atas ikan.


Bahan lain:
brocolli - potong kecil dan celur sebentar

Friday, July 2, 2010

Low Carb Pancakes


Lempeng Separa Gandum Mudah. dari sini
Bahan-bahannya: 

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar sudu susu tepung
  • 1/2 sudu gula (wani ganti 1 sudu kecil gula perang/brown sugar)
  • 1/2 sudu splenda/eversweet/equal for cooking(wani tak letak) 
  • 2 biji telur
  • air secukupnya

Cara-cara:

  1. satukan semua bahan kering.

  2. dalam bekas lain, kacau telur dan masukkan ke dalam bekas bahan kering.

  3. masukkan air secukupnya. adunan lebih kurang seperti adunan lempeng melayu.

  4. kalau nak masukkan mentega cair pun boleh. atau minyak masak. untuk elakkan pancake melekat pada kuali.

  5. tuankan 1/4 cawan adunan ke atas kuali leper yang telah dipanaskan.

  6. biarkan adunan melebar dengan sendiri/ratakan. terbalikkan pancake apabila bahagian bawah berwarna kekuningan.

  7. angkat dan hidangkan dengan jem rendah/tanpa gula kesukaan anda. (currently, i love smucker's brand so much. wani dah cuba strawberry and marmalade. marmalade tastes much better. sweet sour. i like!)

selamat mencuba! ^__^

p.s: Orange Marmalade Jam tu brand Smucker's. it's SUGAR FREE. sweetened with Splenda ;)

Monday, May 24, 2010

Baked Tortilla with Salad

Assalamualaikum..
recipe for Atkins follower. tortilla tidak sesuai untuk Induction Phase ye ;)




Untuk salad ni, wani guna pre-pack salad. lepas tu wani add in 1/4 cup of kidney beans (canned).
untuk dressing, wani campurkan minyak zaitun + yoghurt + black pepper + garam sket je
lepas tu tambah 1 hard boiled eggs.
then, baca baca Basmalah, and eat!
don't forget to recite du'a after eating too! ^__^

Friday, May 14, 2010

Baked Tortilla with Alfalfa Sprout

untuk sesiapa yang buat Atkins, tortilla ni hanya boleh dimakan selepas induction atau 2nd phase. atau juga selepas mendapat berat badan yang memuaskan.


Bahan-bahan:
  • wholewheat tortilla (jenama first choice)
  • alfalfa sprout
  • 5 sudu besar yogurt
  • 1 sudu kecil minyak zaitun
  • 1 sudu kecil lada hitam


Cara-cara:
  1. ambil sekeping tortilla, lipat dua. potong.
  2. potong setiap bahagian menjadi 4 keping tiga segi.
  3. panas kan pan/nonstick pan. bakar tortilla sehingga garing.


untuk sos:
  1. satukan semua bahan selain sprout. sebatikan.
  2. curahkan ke atas sprout. dan hidangkan bersama tortilla.

Thursday, May 6, 2010

Udang Galah Bakar

udang besar ni datang dari sabah. abah bawa balik dari sana. kadang-kadang, abah beli kek lapis kalau ke sarawak. kalau ke sabaj, udang lah jawabnye!


Bahan-bahan:
  • beberapa ekor udang
  • minyak zaitun
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam


cara-cara:
  1. potong kulit di bahagian 'tulang belakang' udang.
  2. keluarkan 'urat' berwarna hitam. benda ni tak boleh dimakan.
  3. basuh udang dan bersihkan. letak udang atas kitchen towel. keringkan lebihan air.
  4. perap udang dengan bahan-bahan di atas.
  5. bakar udang secara grill, atau pan-fry.
  6. terbalikkan udang bila dah bertukar warna kemerah-merahan. lebih kurang 3 minit untuk satu bahagian. bergantung kepada ketebalan isi udang.


untuk sayur:
  1. goreng sekejap sayur bayam.
  2. hidangkan dengan sos kegemaran anda.

Tuesday, May 4, 2010

Stik Ikan Tenggiri

resipi ni senang je. tak perlu kan bahan-bahan yang susah.  sekarang kan inflasi nasi(carbs)! he he


Bahan-bahan:
  • 2 ketul Ikan tenggiri (steak)
  • 0.5 cm kunyit hidup
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam (kisar sendiri/tumbuk halus)
  • minyak zaitun/minyak masak


Cara-cara:
  1. Basuh ikan tenggiri. lapkan lebihan air dengan kitchen towel.
  2. campurkan semua bahan perapan, lumurkan pada ikan. perap lebih kurang 15 minit.
  3. panaskan oven pada suhu 200C. bakar ikan selama 15 minit atau hingga masak.
  4. keluarkan, dan hidangkan bersama sayur-sayur yang di-stir-fry.




boleh jugak kalau nk buat sos mudah macam wani cuba ni.

Sos mudah:
  • 3 sudu besar yogurt
  • 1/2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam


cara-cara:
  1. campurkan semua bahan, curahkan ke atas ikan.
  2. siap! boleh makan. baca basmalah dulu ya ^___^