Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Sunday, February 1, 2009

Kek Pisang Sempoi





Assalamualaikum semua.. sudah berhabuk 'rumah'ku ini. hehe. mintak maaf lah, wani 'hilang' sekejap. untuk hampir 1 bulan lebih lamanya tak update blog masak2 ni. tapi wani tak lupa 'menjenguk' dan 'mengintai' rumah kakak2 n kawan2 semua ;-)

semeseter kali ni sedikit sibuk dengan tugasan2 yg diberi pensyarah, disamping wani juga terlibat dengan beberapa program di dalam dan luar kampus.

selama wani 'hilang' ni ada lah beberapa kejadian di baking studio. hehe. tapi itulah, kemalasan melanda, langsung memadam 'semangat' nk update blog ni. huhu. kesiann. hehe

dan kek pisang sempoi kt atas ni baaaruuu je buat tgh hari tadi. buat this cake upon request dr mama tersayangg.. mama request sbb banyak pisang kt dapur yg berbaki lepas buat cekodok yg amat banyak haritu. so, dari lebam tak digunakan, lebih baik buat sesuatu kan? tapi, lepas buat cake ni pun banyakkk lg baki.. haiyoo.. nk buat ape lg ek? :-\

ni resipinya;

Kek Pisang Sempoi - Sofinar @ myresipi.com
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing wani kurangkan kpd 160g n guna half gula kastor, half gula perang
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.



enjoyyy!!~ ;-)

feedback from mama: sedap kek ni, tak berapa manis sgt..

2 comments:

siti noriza saleh said...

nak test jugalah...dah lama nak buat kek ni....

syazwaniadnan said...

akk, cuba lah buat kek ni.
mmg sesuai nama dia, sempoi je cara2 nk buat.
n kemanisan dia just nice ;-)