Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Friday, August 13, 2010

It's not just a month, it's a madrasah. Madrasah Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
رمضان مبارك.... Tamu yang dinanti


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa: Rasulullah sollallahu alayhi wasallam berkata, "Apabila bermulanya Ramadan, pintu-pintu Syurga dibuka." [Bukhari Jilid 3, No 122]*



*dan terdapat banyak sekali ayat-ayat alQuran dan hadith-hadith Nabi sollallahu alayhi wasallam tentang bulan ramadhan serta fadhilat-fadhilatnya.


Bulan Ramadhan - Bulan berlumba-lumbanya umat Islam untuk beribadah. Rebutlah peluang ini. Sekali setahun sahaja. Kurangkan makan, perbanyakkan ibadat seperti; 


  • Tadarus alQuran (saling membaca dan menyemak bacaan serta mengambil pengajaran dari ayat yang dibaca). 
  • Solat terawih (afdhal bagi lelaki - berjemaah di masjid/surau, afdhal bagi wanita - di rumah). 
  • Latih diri untuk qailulah (tidur sebentar sebelum waktu zohor) untuk menyimpan tenaga bagi mengerjakan qiamullail. 
yang penting, bulan Ramadhan bukanlah salah satu bulan Islam semata-mata, akan tetapi Ramadhan dianggap sebagai sebuah madrasah (tempat belajar/mendidik diri). ia adalah satu fatrah (tempoh masa) bagaimana kita melatih diri sendiri untuk berlumba-lumba dalam mengambil peluang beribadah semampu yang mungkin, dan paling penting, segala ibadah yang kita lakukan, wajib berdasarkan ajaran baginda Nabi Sollallahu `alayhi wa sallam. sehinggakan ada yang mengatakan jika elok keadaan kita (dari segi ibadahnya) semasa dalam madrasah ramadhan, maka InsyaAllah natijah yang sama kita akan dapati selepas 'convo'/keluar dari madrasah Ramadhan. di kesempatan ini, wani kongsikan beberapa link yang berfaedah, berkaitan bulan Ramadhan. moga bermanfaat untuk semua yang rindukan Madrasah Ramadhan ;)




oh ya, ini adalah doa berbuka puasa yang sahih dari Nabi Sollallahu alayhi wa sallam. sebarkan pada rakan-rakan ya ;)

akhir kata, kurangkan (atau tak perlu) berbelanja di bazar ramadhan. mari kita meriahkan 'pesta' ibadah.


p.s: mari berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan malam (qiamullail), membaca alQuran, dan mengejar lailatl Qadr yang lebih baik dari seribu bulan! oh ya, jangan cuba-cuba sengaja meninggalkan sahur ya! kerana padanya ada barakah ;) jom tonton video yang bermanfaat tentang barakah pada sahur: 

http://www.youtube.com/watch?v=IagP7W9BE2Q

No comments: