Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Friday, April 18, 2008

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting

before n after
mintak maaf ye, gambar ni terperangkap dlm jammed teruk
yg memakan masa berminggu2! LOL


kek ni se-antero family suka..
1st time buat dulu, terus dpt order dr kwn mama..
pastu, bila bwk kt ofis abah time majlis kesyukuran aritu, staff abah plak nk order, tp terpaksa cancel sbb time tu tgh bz nk final exam.
so, skrg, meh kite same2 tgk bahan2 kek yg yummylicious (pd anak tekak wani laaaa) :D


Bahan-bahan Carrot Cake
(utk 8" x 8" x3" square, atau 8" x 12" x 3" square)

A - 1 1/4 cup minyak sayuran (klu xde, blh guna minyak masak)
A - 4 biji telur gred B
A - 120 gm gula castor
A - 120 gm gula perang
A - 100 gm walnut panggang-chopped
A - 1 1/2 cup carrot yg telah disagat
A - 1 cup golden raisin (klu ganti buah lain yg masam2 sket pn ok i.e nenas kiub dlm tin)

B - 250 gm tepung high protein (tpg gandum pn blh)
B - 1 sudu teh baking soda
B - 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
B - 1/4 sudu teh garam (jika perlu)



Cara-caranya:
  1. panaskan oven 180C, alaskan loyang pembakar dengan kertas minyak.
  2. utk bhn A, pukul telur hingga kembang, masukkan kedua-dua gula, pukul hingga gula hancur. masukkan minyak dan sebatikan.
  3. masukkan chopped walnuts, raisin dan carrot. sebatikan guna senduk kayu.
  4. akhir sekali, masukkan bhn2 B yg telah diayak terlebih dahulu kedalam adunan tadi.
  5. sebatikan adunan dengan menggunakan senduk kayu.
  6. tuang adunan ke dalam loyang pembakar, bakar selama 45 minit atau hingga masak.

Bahan Cream Cheese Frosting:

250 gm cream cheese
120 gula icing (biasanya wani akan kurangkan ikut kemanisan)
sedikit butter
sedikit perahan lemon


Cara-caranya:
  1. putar cream cheese, masukkan gula icing yg telah diayak sedikit2. ikut kemanisan yg dikehendaki. masukkan butter(ikut consistency adunan-jika perlu, tambah.) masukkan perahan lemon.
  2. hiaslah kek anda!
  3. *jika anda mempunyai Food Processor(FP), boleh terus masukkan semua bhn frosting ke dalam FP dan blend hingga sebati.

*note : wani bakar guna api bwh sahaja, memandangkan oven kt rumah ni kecil je, jadi tempoh membakar kek ni agak lama, hampir 1 jam atau lebih.
so, process pembakaran ni bergantung pada oven masing2 yaa :)

*note: kek lebih sedap jika dihidangkan selepas disejukkan semalaman.
happy baking! ^__^

*UPDATED* this recipe is an adaptation of Suria's Carrot Cake Recipe. credits to her super recipe.

9 comments:

Anonymous said...

salam wani..
gambar carrot cake ni x de ke..
letak ler gambar sekali baru best..

salam manis,
kakfiza.

||syazwaniadnan|| said...

k.fiza, gmbr lama ada, kena godek2 dlu..
gmbr baru on the wayyy!!
tunggguuuuu!!! :D

MyPeriukBelanga said...

yo lah tak sabo nk nunggu gambar dio, aku dah berjanggut dah nih!

kak Deep said...

Sedapnye!!

Bile nk blanje choc moist, ciskek ngan keret kek ni????? Lapaaaaar

||syazwaniadnan|| said...

k.nis, aiyoyo, panjang sudah ka janggut nyaa?
agak2 'pak lebai' yg sedang meragut rumput tu kalah x? ahakss :P

||syazwaniadnan|| said...

k.deep, errrr belanja???
akk la belanja wani dlu bleh?
pastu akk belanja lg..
dan lagi.. dan lagii.. ehehe :D

Anonymous said...

salam perkenalan dek

akak berkenan ngan carrot cake with cream cheese frosting mu ini dan cara pengambarannya...tahniah..nampak mahal dan menaikan selera ..combination yang tepat..nak cikit...

salam hormat

http://boxhousestudio.fotopages.com

pwincess D said...

salam wanie...

cantiknye gamba kek carrot nih ... caner nak buat deco topping mcm wanie nye tu? ade link tak untuk blajo?

thanks!

Anonymous said...

kalau kita kukus masih boleh mnjadi atau mmg x digalakkn lnsg utk kukus resepi ni?