Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Thursday, April 10, 2008

Rich Choc Moist Cake

The very 1st recipe to be shared here..


Rich Choc Moist Cake

resipi ni telah dikongsi oleh k.noor hannah dari FRD.
tp wani jumpa resipi ni kt MyResipi.com yg telah dipost kan oleh k.DianaA.
kek ni, pada wani mmg perfect.
moist, warna dia cokelat kehitaman, n lmbt expired.
masa 1st time buat tu, try tinggal kan 1/8 dr kek utk di experimentkan.
so, sepanjang pemerhatian wani, kek ni boleh thn lbh krg 1 minggu jika dibiarkan pada suhu bilik. dan tanpa masukkan dalam peti langsung.
(mungkin jugak lebih dr seminggu kan?) ini just my 1cent je la. uhuk uhuk.

n alhamdulillah, kwn2 pn suka order kek ni.
jaid, ade yg mintak resipi.
so, wani paste kan kt cni yea..
(directly copied from MyR. really d very malas to type it again. hehe)

Rich Chocolate Moist Cake

Bahan-bahan ( 9 inci bulat )

  • 6 oz (170.1gm) butter
  • 14 oz (396.9 gm) gula castor
  • 3 biji telur ayam
  • # Bahan-bahan ini dibancuh bersama #
  • 1 sudu teh NESCAFE
  • 1 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste
  • # Bahan-bahan ini diayak bersama #
  • 8 oz (226 gm) tepung gandum
  • 2 1/4 oz (63.8 gm) serbuk koko
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • ##
  • 7 oz air sejuk - air dlm peti ais
  • # Bahan untuk Topping #
  • 1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung atau minyak sayuran
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.

  4. Peringkat ini, gunakan whisker - masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Cara menggunakan whisker begini: pegang whisker dan pusingkan whisker satu arah sahaja perlahan2, dan sambil memusing whisker tu, menggunakan jari, putarkan batang whisker.

  5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2 - juga gunakan whisker perlahan2.
  6. Bakar dalam loyang 9" persegi yang telah di minyakkan dan di alas kertas dengan suhu 170C selama 50-60 minit.

  7. Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang. Kek mesti sejuk betul sebelum bubuh topping
  8. Nota: UNTUK LEBIH MOIST – Sila kuks kek selama 1 ½ jam dan tutup loyang dengan aluminium foil.
  9. Cara untuk membuat Topping - (Hendaklah dikacau topping setiap masa sehingga selesai) Campurkan susu, koko dan minyak. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan whsiker, kacau sentiasa dgn membuat bulatan (faham ke ni??).3. Masukkan garam dan vanila. Tak perlu menggelegak - nanti hangus, agak2 je pekat dia. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dlm peti ais.

6 comments:

Anonymous said...

Wani..sedap kan moist kek dr resepi Diana ni kan..cantik,tertarik mmg deboom la..kfiza pun dh try buat tau..!

||syazwaniadnan|| said...

kfiza, mmg sedap!
da bomb gituu. cuma xleh letak bomb la, nti kne panggil bomba. hehe :D

ni la kek yg menjadi idaman setiap kwn wani.
(cewah, macam kek ni anak dara/teruna org je!) hahaha :D

Anonymous said...

assalamualaikum wani...cantik foto2 resepi tu...

||syazwaniadnan|| said...

anonymous, tq :)
almaklumla, foto yg biase2 je dr 'budak'2 mcm wani..
camera pn cap ayam. kih3 :p

ScHa MimiE said...

boleh tnya x..=)
camne ye nk wat topping camtu..slalu wat topping xmenarik la^^

syazwaniadnan said...

Scha mimie,

Utk topping, sy selalu guna resipi ni:

100 gram susu segar
300 gram coklat masakan - potong kecil2
1sudu besar butter

Panaskan susu segar secara double boil. Masukkan potongan coklat masakan. Gaul hingga coklat larut. Masukkan butter dan gaul hingga ia cair. Tutup api.

Pastikan kek yg nk diletakkan topping tu permukaannya rata. Kalau x rata, 'trim' atau potong sikit bahagian yg 'berbukit' tu. Dan tuang topping ketika topping masih suam. Mulakan dari bahagian tengah kek. Dan biarkan topping mengalir sendiri ke bahagian tepi2 kek. Sesekali sapu/kaup bahagian tepi kek.

Bila topping dah menutupi semua permukaan kek, gunakan 'sikat' khas utk buat corak pada topping. Kalau x ada alat tu, boleh juga guna mata garfu. Lorek-lorekkan pada permukaan topping coklat ikut kesukaan ;)


Selamat mencuba!