Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Wednesday, November 26, 2008

Kek Lapis Kukus Prune


gambar dh basi la.. hehe...
tp nk share jugak recipe nye..
wani buat kek ni time raya puasa haritu.. ade majlis makan2 kt rumah pcb ngan big family sebelah mama. so, buat la kek ni.
mama t'pksa beli pengukus baru, sbb kt rumah rehat kitorg tu xde pengukus. beli yg murah je. hehe
tp alhamdulillah, yg murah tu la yg jimatkan masa. setiap layer masak tak sampai 10 minit. mmg jimat masa. kadang-kadang wani cukupkan 10 minit jugak la.

ok, the recipe taken from Mat Gebu's weblog yg diambil dr weblog Bro Rozzan katanya.


Bahan-Bahannya :-)
  • 450 g mentega
  • 190 g gula halus (wani guna 130g)
  • 10 biji telur
  • 300 g biskut "Marie", dikisar halus
  • 1 tin kecil susu pekat manis (wani guna tak sampai 1 tin kecil)
  • 85 g seri kaya
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 bekas prune sunsweet - dipotong kecil2.
  • 1 camca teh pewarna makanan merah, hijau dan kuning

Cara membuatnya (adapted version) :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C (api atas dan bawah). Lenser tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (adunan akan kelihatan berbiji2), masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
  3. Perlahankan speed, masukkan biskut marie kisar sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga semua rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna merah, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
  4. Tuang 4 camca besar adunan warna kuning, ratakan dan kukus 10 minit atau hingga masak. Keluarkan dan tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan kukus kembali hingga masak.
  5. Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun asam manis (prunes). Kukus kembali hingga masak, tekan2 sedikit dengan sudu dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan kukus hingga masak.
  6. Diikuti dengan warna merah sebanyak 2 lapis. Susun prune pada lapisan ke tiga. Buat hingga siap.
  7. Kek akan menjadi = Kuning 2 lapis + prune + Hijau 2 lapis + prune + Merah 2 lapis +prune dan seterusnya.


Cuma untuk steamed layer cake, anda perlu panaskan air di dalam pengukus terlebih dahulu sehingga mendidih. jika semasa proses melapis air di dalam pengukus berkurangan, cepat2 tambahkan air panas. perlu diingat, jangan tambah air sejuk, nanti proses mengukus terbantut. dan wani lebih prefer to use bekas plastik (yg microwaveable tu) sebab senang untuk keluarkan kek dr bekas, dan tak perlu menggris bekas plastik. tapi, kalau guna loyang besi, alaskan loyang dengan kertas minyak untuk elakkan melekat dr loyang. dan rajin-rajinlah mengelap penutup periuk kukusan dengan kain bersih, untuk elakkan permukaan kek berkawah. alhamdulillah, periuk kukusan yg mama wani beli tu xperlu dilap penutupnya. mungkin sebab bentuk dia yg leper, berbanding dengan periuk kukusan yg besi tu. (mama wani beli yg transparent punya penutup. senang nk jenguk! hehe)


4 comments:

Ummu Aqil said...

nampak best nih...tq kongsi tips...

syazwaniadnan said...

sama2 kak.. :) nanti buat la ye.. hehe :D

naiz said...

ishk..ishkk...yummy nye..rajin btoi nk wani. caya lah!!

Anonymous said...

Salam perkenalan..