Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Sunday, April 19, 2009

Tiramisu - Pick Me Up




nilah antara entry yg wani 'tangguh' utk diposkan kt blog.
tiramisu ni wani buat before exam started. tp lambat upload sbb SD card nye dok ngan org laen. jadi wani masukkan entry ni dlm draft.

skrg, bila tgk gmbr tiramisu, alahaii, terlioq la pulak!
tiamisu ni one of the desserts yg senang dibuat.
tapi, kalau memandai-mandai nk buat resipi sendiri, pastu ended up dengan not-so-tiramisu, a.k.a tiramisu lembik! sendiri nganga lah. hehe. (ini attempt utk jadi chef nmpk gayanya! :p ) tulah tragedi tiramisu yg tak nak 'set' bila dh berjam2 disejukkan dalam fridge.
resipi? resipi nya sgt senang. xperlu byk bhn.
err, jap2, wani terlupa pulak resipi mana..

ok, actually tiramisu wani ni hasil percubaan utk mengganti mascarpone cheese. lama jugak wani research ttg resipi Tiramisu ni. yelah, macam2 resipi ada. ada yg guna raw egg yolks, yg guna gelatine. macam2 cara, ikut kesukaan dan keselesaan masing2 lah. wani tak berminat nak cuba resipi yg guna telur mentah ni. risau takut benda lain pulak yg jadi nanti. jadi, untuk lebih selamat, wani cuba resipi Kak E a.k.a umi_e of myresipi.com. sbb dia tak guna raw eggs. and besides wani nk cuba resipi yg tak letak gelatin (walaupun gelatin masih banyak berbaki dalam stok. hehe) tapi last2 atas kecuaian sendiri wani ter-cuba masukkan gelatin yg telah dilarutkan dlm air. tapi sayang, cubaan gagal. maka, jgnlah berlagak utk jadi chef ye! (dlm bab2 mcm ni je lah) :D
akan tetapi, mcm wani ckp td, wani telah mencuba utk buat gantian bagi mascarpone cheese. hasil research, wani tertarik utk try this recipe from Heavenly Tiramisu. akhir skali, terhasillah Tiramisu ni.

Tiramisu

Bahan-bahan Filling (ganti kepada mascarpone cheese):
  • *225gm cream cheese
  • *3 tbsp sour cream
  • *2 tbsp whipping cream (atau heavy cream)
  • 250g whipping cream
  • 120g gula castor (ikut kesukaan masing2)

Bahan Biskut:
  • 2 bungkus biskut ladyfingers (kurang atau lebih)
  • bancuhan kopi (3in1 atau serbuk kopi sahaja-ikut kepekatan yg disukai)
Bahan Hiasan:
  • Serbuk Koko (juga boleh digunakan utk dilapiskan antara lapisan cheese - ikut kesukaan)

Cara Penyediaan:
  1. Filling:- satukan bahan bertanda (*) kedalam blender. kisar semua bahan hingga sebati dan tidak berbiji-biji.
  2. tuangkan adunan cheese td ke dalam mangkuk mixer. putar adunan cheese bersama 250g whipping cream dan gula sehingga kembang dan tidak berbintil-bintil.
  3. Biskut:- celupkan biskut sekejap ke dalam bancuhan kopi td. jgn rendam terlalu lama, nanti berair pulak tiramisu.
  4. susunkan biskut yg telah dicelup ke dalam loyang kek atau bekas dessert. lapiskan dengan adunan cheese. taburkan serbuk koko di atas adunan cheese. kemudian, susunkan lagi baki biskut yg telah dicelup ke dalam bekas, dan lapiskan dengan adunan cheese. dan taburkan serbuk koko ke atas adunan cheese yg kedua. ulang sehingga adunan cheese dan biskut habis. dan hiasi lapisan paling atas dengan serbuk koko, mengikut kreativiti masing2.


Happy Baking! ^__^

12 comments:

::Azura Rahman:: said...

sayangku wani... akk nk tnye.. wani beli kat mana finger biscuit tu...?

syazwaniadnan said...

kak zura syg.. hehe
yg ni wani beli kt bake yen lorong hj taib tu. kebetulan p sana.
biasanya wani beli brg2 kek kt kedai yg dekat ngn rumah je. jln kaki je. hehe
tp kt bake yen tu lg murah la dr kt rumah ni.
ade la beza dlm rm1 kot. hehe.

Janna Wan Muhammad said...

mak aihh...wani...sgt la menggoda jiwa ku itu tiramisu...tepekla resepi nyer cepat ehh..?
errr.hari tu kata sakot gigi..dah cabot ker..? ker dahtak sakit?

syazwaniadnan said...

hehehe. tuan dia degil! mls p cabot! sudahnye, kadang2 dtgla sakit gg ni. kadang2 dia baekk ja. hehe

sbb mkn kek banyak kot? hihi :p

ok kak, recipe attached!

Ummu Mishkah said...

pandai masak adik wani kita ni... :)

syazwaniadnan said...

sikit2 tu boleh la kak :)
persediaan utk masa hadapan. hehe ^__^

MamaFaMi said...

Orang dok kata, wat Tiramisu ni senang. Mama gak yang lom datang kekuatan nak buat. Agaknya sebab dulu, masa kat Malawi ada buat sekali. Tapi dok guna cream cheese homemade yang mama beli. Pas tu, cheese dia masam berdenting. Jadilah Tiramisuku Tiramisu termasam di donia. I guess, that puts me off till todaylah... mmm saper nak seru mama semua, agar buat tiramisu???

syazwaniadnan said...

wahai mamafami..
ku seru namamu..
buat lah tiramisu yg paling senang di donia ini..
buatlah..
buatlah..
ku seru..



hahahha :p

ma, wani pun mula2 takut jugak nk buat. tp tiap2 hari p dapur, biskut lady fingers tu asyik dok pandang n seru wani jek.. tu yg terseru n terpanggil nk buat tu.. hahah. very d haunted story. keh keh keh

Anonymous said...

salam
hai y all
nak buat la tiramisu nmpk cam kacangjek
tp neh...
*3 tbsp sour cream
tbsp tu ape? blur............
bls cpt pls...

Anonymous said...

pastu kan beshkut ladyfingers ni mang ade katne2 supamarket eyh?cam giant tesco?

syazwaniadnan said...

anonymous,

tbsp = tablespoon = sudu besar/sudu makan

tsp = teaspoon = sudu teh/sudu kecil

biskut ladyfingers ni boleh dpt kt kedai yg jual bhn2 baking. susah nk jumpa kt hypermarket i.e Giant, Tesco etc.

apa2 nk tny boleh email ke syazwaniadnan@gmail.com

tq sudi dtg cni ;)

anak ahmad no3 said...

ladyfinger tu yg keras kan, then sedap dicicah kopi O,if not mistaken...tp cam besaq gaban utk dipanggil lady finger...my dear can you please insert the pict of completed tiramisu?