Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
mula-mula, wani nk minta maaf sebab dah lama tak update. baru-baru ni sibuk dengan exams. so, skrg cuti 2 minggu sebelum sambung semester pendek untuk tahun 3 pengajian. tinggal lagi 1tahun untuk habis degree.. doakan urusan wani dan rakan-rakan dipermudahkan ya.. ;)
special thanks to all visitors. samada silent readers, ataupun yang meninggalkan jejak di shoutbox.
sebenarnya laptop wani rosak, dh hampir 1 bulan, so semalam baru hantar ke kedai. minta-minta tak affect files yg ada dlm tu. banyak sgt gambar makanan yang nk upload ke dalam blog. tp itulah, asyik tangguh je kan.. so, skrg ni ada la few pictures yg masih ada dalam camera, al hamdu lillah~ mari kita tengok resipinya ;)
Bahulu Rose
Bahan-bahan ( Saiz 20cm )
- 4 biji telur
- 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
- 1 sdt esen rose
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- Sedikit pewarna merah
Cara-cara
- Pukul telur bersama gula hingga kembang
- Masukkan esen rose
- Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
- Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
- Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
- (tambahan): wani tutupkan loyang dengan aluminium foil. oven wani kecik, so peredaran haba dia cepat disebabkan ruang yang sempit. jadi, tutup dengan foil ni sbb nk elakkan permukaan kek cepat hangus/merekah.
- Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam.
Feedback: sedap! mama and abah suka sangat. yelah, ini kek zaman diorg kan.. mengimbau zaman dulu2. hehe
tapi time buat ni wani ada kurangkan gula sket. and make sure pukul sampai 2 kali ganda. if not, makan lah bingka rose! he he
kalau guna mixer kecil (wani guna faber), ambil masa sket lah nk memutar gula dan telur tu sampai gebu. kalau guna kitchenaid atau kenwood, sekejap je!
=======================================
Terima Kasih buat adik Maryam dari Mars & Family sbb bagi award ni kt akk. hmm, lama dh tak main award2 gini. hehe :) buat pengetahuan semua, Mars and Family menjalankan bisnes makanan (kek, kuih-muih, dan juga nasi kerabu!) secara berkeluarga (bisnes keluarga). sungguh terharu wani lihat ibu dan ayahnya yg turut menghulurkan pertolongan dalam menjayakan bisnes mereka. adik-beradik maryam pun turut sama! syabas buat Mars & Family.. moga Allah berkati bisnes kalian dengan rezeki yang melimpah ruah ;)
tapi ada rules lah pulak. hehe. mari tengok:
1. Buat 1 Entry Tentang Award ini
(minta maaf dik, akk gabung entry terus. hehe)
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut
(dah cakap kt atas)
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award
(yang ni wani rasa tak perlu kot. kalau wani senaraikan, mmg lebih dari 15 penerima award! jadi, anda semua yang sudi datang ke sini, adalah secara automatiknya adalah penerima award ni, ok? ;) )
4. Beritahu penerima Award , supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award
(dh cakap kat no. 3)
5. Senaraikan 7 perkara tentang diri anda.
- pengguna setia Herba Penawar al-Wahida (HPA) since 1998. kena sokong produk 100% bumiputera muslim ;) and 100% herba asli. sebab org Islam - in sya Allah - akan jaga kebajikan sesama muslim. orang yang bukan Islam, belum tentu. check terjemahan alQuran, surah alBaqarah ayat 120:
وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
البقرة : 120
- sedang berdiet (doakan wani ye... lihat ticker kt bwh blog, diet apa yg wani sedang amalkan. and alhamdulillah, ia berkesan dan sesuai dengan badan wani ;)
- suka warna biru
- selain memasak, wani minat menjahit(pandai sikit2 je) dan berkraf; crochet/kait jarum satu (belajar dari buku library and tutorial. boleh la buat bunga2 untuk hiasan kepala and brooch untuk diri sendiri).
- suka ambil gambar. tak kira, gambar makanan, atau pemandangan atau apa sahaja yang bermanfaat. dan sedang cuba2 menggunakan dslr dengan cara yang betul. tutorial di internet sangat banyak!
- suka makan makanan yang sihat dan bersih; airtangan sendiri (masak di rumah). sejak berdiet, wani cuba kurangkan makanan/minuman bergula biasa atau bersusu pekat, and wani cuba kurangkan makanan yang diproses seperti hotdogs, roti putih, dan nasi!
- suka memasak! dan nak sangat2 memasak benda yang sihat dan 'bersih'. bila kita yang masak sendiri, kita akan tahu khasiat yang ada dalam menu yang kita sediakan. last but not least, I am what I eat! ^__^
Sekian. Selamat Memasak!
No comments:
Post a Comment