Resipi dikongsi oleh Sue_Rans FnR Cari.com
300g cooking chocolate (dipotong kecil-kecil)
100g susu segar
1 sudu besar butter/marjerin
1. sediakan double boiler atas api yang sederhana.
2. panaskan susu sehingga agak berbuih (bukan menggelegak)
3. pilihan: (a) alihkan susu dari dapur. atau (b) tutup api tanpa alihkan susu.
4. masukkan potongan2 kecil cooking chocolate ke dalam susu yang masih panas.
5. kacau hingga chocolate hancur.
6. masukkan butter (untuk membuatkan ganache kelihatan berkilat2 ;D )
7. stage ni, terpulang pada kita untuk menggunakan chocolate ganache pada konsistensi yang cair atau likat.
8. sediakan kek yang rata permukaannya. tuangkan choc. ganache ke atas kek. tuang di bahagian tengah kek. dan choc. ganache akan berselerak dengan sendiri. jika choc. ganache telah keras/likat, boleh sapukan. kemudian, ratakan bahagian tepi kek dengan menggunakan spatula besi. boleh juga taburkan choc. rice atau apa sahaja dekorasi mengikut kesukaan masing2 ;)
selamat mencuba!
1 comment:
salam kak.. sy nk tempah kek bday sbijik blh? text me da price skali tau.. nk sekilo je. klu blh dpt half kilo pn ok gk
Post a Comment