Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Saturday, January 8, 2011

Caramel Cheese Pudding



Caramel Cheese Pudding - resipi asal di sini

Bahan-bahan (caramel):
  • 70 g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
Cara-cara (caramel):
  • Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang
  • Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam
  • Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai
  • Ketepikan dan sejukkan sebentar


Bahan-bahan (pudding):
  • 180 g cream cheese
  • 70 g gula pasir (wani kurangkan kepada 50g shj)
  • 3 biji telur
  • 450 g susu segar
  • 1 sudu kecil jus lemon
    Cara-cara (pudding):
    • Pukul cream cheese dengan gula sehingga sebati. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga sebati (tak perlu kembang)
    • Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam adunan di atas tadi dan dikacau
    • Dimasukkan jus lemon
    • Blender sebentar adunan tadi supaya betul-betul sebati
    • Tapis dan tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel
    • Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celsius selama 40-45 minit
    • Sejukkan sebelum dihidang

    2 comments:

    Nieza said...

    sedapnya! saya suka...baru jer mkn tapi still lagi terliur nengok ni...hehe

    || syazwaniadnan || said...

    sedaaap.. tp xleh makan selalu manis2 ni.. hehe :D