Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Thursday, January 20, 2011

Grilled Salmon with Lemon-Dill Sauce


Bahan-bahan: (ikan dan perapan)
  • Ikan salmon
  • 2 sudu besar jus lemon
  • serbuk lada hitam
  • daun dill (diracik halus)
  • sedikit garam


Cara penyediaan:
  1. bersihkan ikan salmon.
  2. campurkan jus lemon, dan daun dill. lumurkan pada ikan.
  3. taburkan sedikit serbuk lada hitam dan sediki garam.
  4. perap selama 5-10 minit, grill atas kuali leper/grilling pan. grill selama 5-7minit untuk sebelah bahagian ikan.
  5. bila ikan dah masak, angkat ke dalam pinggan dan sejukkan sebentar. sementara itu sediakan sos.


Bahan-bahan: (sos putih lemon-dill)
  • 2 sudu besar butter
  • 1 biji bawang Holland - potong dadu kecil
  • 1 cawan susu full cream
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu teh daun dill (diracik halus)
  • sedikit garam


Cara penyediaan:
  1. cairkan butter dalam kuali kecil. tumis bawang holland hingga layu.
  2. masukkan susu, biarkan mendidih dan nampak pekat sedikit.
  3. masukkan jus lemon, kacau sentiasa.
  4. masukkan daun dill, dan perasa dengan garam.
  5. tuangkan ke atas ikan.


Bahan lain:
brocolli - potong kecil dan celur sebentar

2 comments:

Nieza said...

sedapnya...simple dan sedap!..:)

|| syazwaniadnan || said...

mmg simple ni kak.. tp mmg mengenyangkan.. thanks ye ^_^