Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Friday, August 19, 2011

Apam Salju/Tukaz/Beras

Semalam, wani cuba resipi apam beras dari Kak Yatie.. kedua2 mak dan mak mertua puji sedap.. alhamdulillah. cuma wani buat separuh dari resipi di bawah sebab kebetulan balance nasi pun hanya ada xsampai 1 cawan.. jadi, utk 1st time boleh lah cuba buat separuh adunan je.. mama suh buat lagi next time. next time kena ada pelengkapnya iaitu kelapa! baru ada 'kick'. hehe. tp apam ni juga sedap dimakan begitu sahaja tanpa kelapa ;)

oh ya, texture dia lembut, tp taklah lembut sgt.. adakah sebab lepas perap, adunan tu 'dikacau2', jadi adunan tu 'jatuh' sedikit?? dan adakah kena perap dalam loyang/acuan dia terus? sbb wani teringinkan apam beras yang lembut sikit dari yg wani buat ni.. mama kata kalau lembut sikit lg mesti lebih sedap.. huhu.. sifu2 apam sekalian terutamanya k.yatie, if u read this entry, tolong leraikan kemusykilan wani boleh? (macam masalah besar je bunyi nya hehe)


Apam-apam tanpa 'teman akrab' mereka - kelapa!! hehe


Apam Beras/Apam Nasi/Apam Salju/Apam Tukaz
Sumber: K.Yatie of (yatiememories.blogspot.com)


Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

1 comment:

Yatie said...

Assalamualaikum Wani,
tahniah menjadi apam salju ni...kalau dah perap 3 jam tu, gaul perlahan bagi sebati...pastu baru tuang dlm acuan yg di sapu sedikit minyak...biarkan kejap baru kukus...
= kalau dah 3 jam perap terus kukus tanpa gaul lagi, apam tu jadi kasar sedikit...harap membantu ya..