Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Thursday, March 1, 2012

Chilled Cheese Chocolate Cake

Assalamualaikum..

dah lama blog ni menyepi dari sebarang perkongsian.. hehe. banyak sebenarnya yang nak dikongsikan, tapi malas betul nak update (malas nk edit2 gambar la tu).

alhamdulillah sekarang dah di akhir-akhir kehamilan. tinggal lagi 2 hari sebelum EDD. (kepada para pengunjung blog ni, mohon doa kalian agar Allah permudahkan bg saya semasa proses melahirkan nanti ya.)

bila dh nak dekat bersalin ni, ramailah suruh makan puas-puas, nanti masa berpantang macam-macam makanan tak boleh makan. so, haritu teringin nak makan cheese choc cake kt Secret Recipe. bila sampai kt SR, dah habis pula cake tu.. sedihnya. huhu. so, buatlah kek ni 2 hari lepas sebab ramai yang bagi feedback n review tentang resipi ni. katanya resipi ni ala SR. tp bila dah dicuba, rasanya kedua-dua kek (cheese choc di SR, dan cheese choc resipi damnmachine dari myresipi.com) berlainan sama sekali dari segi method. kek di SR ialah kek yang dibakar, manakala kek yang menggunakan resipi di bawah menggunakan method chilling (sejukkan dalam peti ais tanpa perlu bakar). cuma mungkin yang membuatkan kedua-duanya sama ialah dari segi rasa - mungkin lah. jadi, boleh la cuba ye!



Chilled Cheese Chocolate Cake


Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/1678


Bahan-bahan (sesuai untuk loyang 18cm atau 7inci):

Lapisan Bawah:
- 120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
- 70gm unsalt butter (dicairkan)

Lapisan Atas:
- 250gm cream cheese (lembutkan)
- 120gm gula kastor (boleh kurangkan to 100g)
- 2 keping biskut tiger (hancurkan..klu nk tambah lagi boleh..tp jgn byk sgt plak - wani letak 4-5keping)
- 150gm whipping cream
- 1 ½ tbsp gelatine
- 80ml full cream milk

Lapisan Chocolate mousse:
- 250gm whipping cream
- 1 tbsp vanilla essence (wani tukar - 1tsp vanilla essence + 1tsp chocolate emulco)
- 1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
- 50gm serbuk koko (guna chocolate powder/branded cocoa powder lagi sedap ni) + 80 gm gula icing
- 1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)

Lapisan Chocolate ganache:
- 35gm serbuk koko
- 50gm gula kastor
- 150gm whipping cream
- 80gm chocolate masak
- 30gm mentega

Cara-cara:

Lapisan bawah:
- Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam springform pan atau bottom loose pan. Masuk dalam peti sejuk.

Lapisan atas:
1 - Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. 2 - 2 - Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
3 - Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)

Chocolate mousse:
1 - Pukul whipping cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse

Chocolate ganache:
- Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula.
- Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
- Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula. Selamat mencuba!

*note: sape yg rase nk mkn cake ni mcm ice cream ley bekukan dlm freezer..n sape yg nk cake ni sejuk biase..boley la letakkan cake ni dlm peti ais biase(bkn freezer)..tp kene biarkan atleast 8hrs or lagi baik semalaman untuk dptkan cake yg ok..

*note: klu cake ni dibekukan dlm freezer..lama kelamaan cake ni akan cair sedikit..bak kate chef bile cheese beku jadi ais..nnti bile kluar dr freezer, ais tu akan cair..so smpan dlm peti ais biase mayb boley menyelamat keadaan mcm ni..hehehe..harap2 petua ni boleh membantu anda semua..=)



Wanna have a slice? ^_^

4 comments:

Farah Deeb said...

Adehhhh rase nak pengsan boleh?? Anyway hopefully sumenay bjln dengan lancar dan selamat ya ;)
My latest Entry :)
Bosa dah diaaa...!

ummiaisyah said...

sy pon rasa cam nk pengsan tgk kek tu...sgt menggoda....selamat melahirkan!

Unknown said...

perggghhh....sodap nyer lah cek tgk

Unknown said...

Pkai Loyang bpe inci ea?