Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Wednesday, March 7, 2012

Cucur Jawa ke, Kuih Topi? Sama sahaja :)

Assalamualaikum..

hehe, masih belum bersalin lagi.. dah overdue 4 hari.. semoga Allah permudahkan urusan wnai nak berslain nanti.. doakan ye ;)

saja nk update tentang kuih yg menjadi kesukaan wani semasa sekolah menengah di kelantan dahulu ( memori lebih 8tahun yang lalu..). kuih ni wani panggil Kuih Topi sebab bentuknya hampir sama dnegan topi koboi. hehe. rupanya nama dia ialah cucur jawa. ada juga yang panggil penyaram.. macam2 nama, kan :) kt sekolah dulu kalau x silap, harganya sebiji 20sen atau paling mahal pun 50 sen. mmg lembut je kuih. sangat laris jualan kuih ni. kalau lambat ke kantin waktu rehat, memang tak dapatlah. 

bila dah sambung belajar di universiti, susah betul nak jumpa kuih topi ni. rasanya adalah 2-3 kali je jumpa. tak terfikir pula nak buat sendiri (sebab terasa macam: "susahnya nk jadikan bentuk topi dia tu") heheh. 

kebetulan, tahun lepas beraya di rumah nenek sebelah ibu mertua - baling, kedah. sebelum bertolak pulang ke KL, nenek bekalkan kami dengan cucur jawa ni. wani lihat sendiri dari awal proses penyediaan adunan kuih ni, hinggalah proses menggoreng - dan tentulah part yang tak akan dilepaskan ialah tolong sibukkan diri nak goreng! hehe. kagum sekejap tengok adunan ni bila digoreng, ia membentuk sendiri bentuk topi. dalam hati kata: "ooo, ingatkan kena goreng sekali dengan senduknya baru terbentuk topi. hihihi"

semasa nenek menyediakan bancuhan, nenek hanya bancuh dengan tangan sahaja. tak guna mixer/blender/mahupun hand whisk. katanya, kalau guna tangan baru boleh rasa ketulan-ketulan gula tu samada dah hancur atau belum. sambil2 wani menyibukkan diri kacau nenek bancuh adunan, sempat juga tanya resipi. nenek dah siap bagi resipi, cucu dia ni boleh lupa pula. isk isk. nanti kena call la kampung tanya resipi rahsia.. teringat-ingat kelembutan cucur jawa buatan nenek ni.. oh ya, tips utk dapat cucur jawa yang lembut - adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair, goreng guna api yang perlahan.

nak dijadikan cerita, sehari sebelum EDD haritu, wani teringin sangat nak makan kuih topi ni. gerai depan rumah memang tak jual kuih topi. jadi, terpaksalah buat sendiri :) bila check bahan kt dapur mama, alhamdulillah, tepung beras yang ada hanyalah 3/4 cawan (tak sampai 1 cawan). jadi, wani bancuh malam sebelum tidur dan perap semalaman. bangun pagi esok lepas solat subuh wani goreng dengan harapan akan mendapat kuih topi yang lembut macam nenek buat. hehe.. dan resultnya:


agak kecewa sebab tak sama dengan cucur jawa yang nenek bekalkan kepada kami tempoh hari. hehe.
yang wani cuba ni hasilnya agak keras-keras rangup. kalau dah sejuk tak lembut la :) bila google, antara faktornya mungkin - jenama tepung beras yang digunakan mempengaruhi ratio air yang diperlukan dalam adunan (wani guna cap gajah 3 beradik kalau tak silap. ada yang beri review, kena tambah air jika gunakan jenama ini). mungkin juga terlalu banyak gula - bila banyak gula, adunan jadi manis, dan kemanisan tu menyumbang kepada kerangupan cucur jawa ni. macam2 hipotesis yang boleh dikeluarkan :)

apa-apa pun, terima kasih kepada penyumbang resipi di bawah ni. wani tergoda dengan gambar di fotopages beliau. itu yang wani beranikan diri mencuba resipinya. 'ala kulli haal, sekali-kali wani tak salahkan resipi ni.. jika 'kena' pada cara penyediaan adunannya, insyaAllah menjadi :) 

RESEPI CUCUN / CUCUR JAWA/ KUIH TOPI
resipi asal dari:  http://mamatanawit09.fotopages.com/?entry=1995974 

Bahan-bahan :

- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 5 camca besar gula (penuh )
- 2 sudu ( KFC ) garam (penuh)
- 1 cawan air

Cara-cara:

1. campurkan kesemua bahan diatas
2. gaul gula hingga hancur
3. perap 1 malam

Nota :

- adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat
- kurang garis tambahkan gula
 

3 comments:

mrs kayrul said...

dah lama cari resepi nie..dulu kecik2 kalau g rumah arwah nenek selalu masakan...suka makan kat tepi cucur tue..garing jer

Unknown said...

tak guna gula merah boleh ke dapat warna coklat kueh tu???

HAMBA ALLAH said...

klu guna gula merah,br dpt warna fully coklat,pastu rs dia lg best dr guna gula pasir je..