Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Tuesday, July 3, 2012

Kuih Cara Berlauk / Berinti

Bismillah..

---
"ada 'cara' lah *** buat kuih ni.." kata sang suami sambil tersenyum memberi pujian membina terhadap masakan sang isteri. kuat betul mengusik orang. hehe.
---


lama betul nak tunggu entry baru kt blog ni. nak kata tak ada masa, ada jugak. mungkin tak ada masa yang SESUAI kot. hehe.

semalam saja cuba buat kuih cara manis (rasanya itu kali pertama buat sendiri sejak bergelar isteri. sebelum ni 'berduet' dengan mama je. hehe). alhamdulillah, menjadi. cuma lupa masukkan garam dalam adunan kuih cara, jadi lain sikit lah rasanya. buat lebih utk ke rumah mertua semalam. alhamdulillah, disukai ramai ^_^
dek keterujaan cuba membuat kuih cara manis, lupa nak snap gambarnya. hehe.

semalam, bila beritahu suami yang isterinya ni nak buat kuih cara, suami tanya balik, "nak buat kuih cara berlauk ke?". alamak. barang2 yang tersedia di rumah ni hanyalah utk kuih cara manis. kalau kuih cara berlauk kena ada 'lauk'nya (inti daging/ayam). "lain kali lah ye bang, bahan tak ada utk buat 'lauk' kuih cara tu", pujuk si isteri. suami menggangguk tanda setuju ;)

jadi, harini wani tunaikan permintaannya yang memang minat kuih cara berlauk. kuih cara manis pun kesukaannya juga ^_^

oh ya, ini pertama kali wani cuba buat kuih cara berlauk :)


Kuih Cara Berlauk


Bahan 'Lauk': - sediakan lebih awal
resipi asal dari sini:  http://resipicitarasawan.blogspot.com/2009/10/kuih-cara-berlauk.html 

  • 4 biji bawang merah (kecil) -  ditumbuk
  • 1/2 inci halia  -  ditumbuk
  • 1 paket rempah kari daging
  • 300 gm daging kisar - boleh juga guna ayam
  • 1 biji bawang besar  -  dipotong dadu
  • gula dan garam secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara Penyediaan 'Lauk':
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang, halia dan rempah kari hingga garing dan berbau wangi.
  2. Masukkan daging.  Gaulkan hingga bertukar warna.  Kemudian masukkan bawang besar dadu dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya.  Masakkan inti hingga kering. 
  3. Masukkan 1 sudu kecil tepung gandum supaya tidak melekat (wani tak buat).  Tutupkan api. Sejukkan.


Bahan Kuih Cara: 
resipi asal dari sini  http://resepiraidah.blogspot.com/2008/09/kuih-cara-manis.html 

  • 2 cawan tepung gandum (wani guna tepung atta - not bad!)
  • 3 cawan santan (wani guna 2 cawan santan + 1 cawan air)
  • 2 biji telur
  • secubit garam
  • sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning (jika tak mahu letak pewarna lagi bagus - Additives Free)



Cara Penyediaan Adunan Kuih Cara:

  1. satukan bahan-bahan ke dalam blender. blend hingga halus dan adunan tidak berbiji-biji.
  2. masukkan ke dalam jug bermuncung (supaya senang nak tuang semasa membakar).


Bahan Hiasan Kuih Cara Berlauk:

  • Cili merah - dibelah dan dibuang bijinya. kemudian dipotong memanjang atau didadukan
  • daun sup & daun bawan - dipotong halus



Cara Penyediaan Kuih Cara Berlauk:

  1. panaskan loyang acuan kuih cara di atas api kecil selama 2-3 minit.
  2. sapu sedikit minyak, tuangkan adunan kuih cara.
  3. masukkan sesudu teh 'lauk'/inti.
  4. taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan cili merah.
  5. tutup loyang, 'bakar' selama 2 minit atau hingga permukaan kuih cara berlauk 'kering' dan masak. (pastikan api kecil sahaja digunakan untuk mengelakkan hangus pada kulit luar kuih)

Tips supaya adunan tak melekat pada loyang acuan:

** JANGAN LUPA letak TELUR (seperti dalam resipi). kalau tak ada telur, mmg mudah melekat.
** panaskan loyang atas dapur. guna api besar pun ok. penuhkan lubang-lubang acuan kuih dengan minyak masak. 'masak' minyak sehingga keluar asap panas/menggelegak. curahkan minyak ke dalam bekas lain. loyang sedia diguna :)
selamat mencuba! ^_^

2 comments:

Farah Deeb said...

Bile bulan pose tingin gak makan kuih ni tapi nak membuatnye idok le sbb acuannye takde (ok tak alasan tu haha) Tapi memang sedapkan? Heee...
My latest Entry :)
RESEPI: Baked Macaroni

Unknown said...

entah kenapa tak minat sangat dengan kueh cara ni..