Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Monday, May 5, 2008

Donuts Ala JCo

donuts ala jco
wani mkn donuts ni dgn seri kaya, mmm, best jugakk :)

donut ni diberi nama "donuts ala JCo".
actually, wani pn x pernah rasa donuts JCo ni.. kedai dia pn ade berape outlets je kt kl ni if i'm not mistaken.
yg buat wani teruja sgt nk try donut ni, haritu ade t'jalan2 kt FP k.rinn, pastu tgk dnouts dia, alahai.. cair la kite nii.. wani ni x reti sgt nk menguli2 doh yg perlu di-prove-kan ni..
so, this time wani try jugak.. uli lama2.. sampai berpeluh jugakla even ade kipas! hahaha
tp demi donuts tercinta n sahut seruan k.rinn, wani pn try..
n alhamdulillah.. menjadi, tp wani still kne buat lg skali.. almaklumla, skill menguli ni dh berkarat.. heheheh.
pulak tu mama kate nk beli BM, haiyooo, nti lelame x reti nk menguli pulak dahhh.. iskk..
ok, jom kita tgk recipe nye dibwh yeee.. (wani copy paste dr FP k.Rinn je taw.. tq kak..)

Donuts Ala-Ala J"Co
Sumber : Loveliana
Bahan A :
850gm tepung high protein
11g instant yeast( 1 paket yis Mauripan)
10gm garam (1 camca teh)
600ml air masak suam

Bahan B :
200gm tepung high protein
10gm garam (1 camca teh)
60gm susu tepung
125gm gula castor
2 biji telur saiz kecil
125gm shortening (atau majerin)

Cara-cara :
  1. Campur dan gaul Bahan A hingga rata. Rehatkan selama 90 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik.
  2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
  3. Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula. Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
  4. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Rehatkan lagi 10minit.
  5. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan.
  6. Angkat dan toskan minyaknya. Boleh disalut gula castor atau topping lain mengikut selera.

8 comments:

Dianne said...

sedap ehh

||syazwaniadnan|| said...

sedap kot.. ehehe

Cik Siti Wan Kembang said...

salam singgah wani :D kreatif sungguh dgn gaya donut tersendiri. cantikdesign gambarnya,,,guna software apa??

rinnchan said...

Donuts ni mmg rahsianya terletak pada cara menguli..bahan2 tu rasanya lebih kurang sama je walaupun berbeza sumber. Mungkin yg lebih lembut tu diletak extra bahan pelembut..kalau makan bnyk2 lama2 jadik "lembut" keh keh keh...
Pandai wani amik gambar dan buat scrap mcm tuu...kreatif !! Donut dibubuh serikaya pun nampak lebih menyelerakan...

akak said...

Bestnye..Ingatkan caramel.. rupa2 nya kaya..

Dianne said...

mana resepi baru nihhh,cepat lah lapar dah nii heheeh

mutfaktelaşı said...

donuts'un daha öncede gördüm ama hiç denemedim, ellerinize sağlık.

CikguZue said...

salam ziarah.

nampak sedap donut tu.