Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Monday, June 8, 2009

Baked Macaroni and Cheese



Baked Macaroni and Cheese

  • 1/2 paket macaroni - wani guna jenama San Remo
  • air secukupnya untuk merebus macaroni
  • sedikit minyak zaitun
  • sedikit garam

Sos Merah:
  • 1 botol sederhana sos spaghetti prego
  • 1/2 paket daging cincang Ramly
  • hirisan hot dog
  • 2 keping daun bay/bay leaves

Sos Putih:
  • 2 sudu besar mentega/minyak zaitun
  • 2 sudu besar gandum
  • 600ml Susu segar
  • 2-3 keping sliced cheddar cheese
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam

Topping
  • Mozarella Cheese

Cara-cara:
Macaroni:-
  1. panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
  2. masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.
  3. angkat dan toskan.

untuk sos merah:-
  1. sediakan kuali/periuk. masukkan kesemua bahan dan gaul sebati higga mendidih dan hingga daging masak. ketepikan, sejukkan.

untuk sos putih:-
  1. panaskan mentega/minyak. masukkan gandum, gaul sebati.
  2. masukkan susu segar dan sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam. kacau hingga adunan sedikit pekat/likat.

Cara Melapis Baked Macaroni and Cheese:-
  • (a) Masukkan 1 1/2 cup macaroni ke dalam loyang.
  • (b) Sudukan sedikit adunan sos putih ke atas macaroni. rata-ratakan.
  • (c) Sendukkan sos merah/sos spaghetti ke atas sos putih.
  • (d) Taburkan mozarella cheese.
  • ulang step a, b, c, dan d hingga penuh loyang.
Bakar macaroni dan cheese pada suhu 160 hingga permukaan nampak keemas-emasan.
Lebih enak makan ketika masih panas atau dihidang suam. boleh juga dipanaskan dengan menggunakan microwave sebelum dihidangkan. ^_____,,_____^




yang ini wani terpaksa buat kecil-kecil sbb kehabisan sos merah dan sos putih.
jadi wani gantikan sos merah dan sos putih dengan beberapa biji telur.
masukkan macaroni secukupnya ke dalam bekas, tuangkan telur yang telah dipukul.
tabur dengan mozarella cheese. bakar hingga cheese keemasan.

p.s: wani prefer baked macaroni yang menggunakan sos putih di samping sos merah/sos spaghetti. sos putih tu yang berikan kelainan pada resipi ini. kalau buat yang macam dalam bekas kecil-kecil di atas, rasa dia tak ubah seperti murtabak!

happy baking! ^____^

5 comments:

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

mmg sedap baked pasta nih...mcm akak ni...since akak ni "rajin" sangat nak wat sos putih..I substitute with mushroom soup...yummy ! hehehe...

|| syazwaniadnan || said...

yaaaa butuiiiiiii
boleh jugak ganti ngan mushroom soup.
laaagi sodap!

mazies nur said...

hmmm..shedpanya wani..bilo mu msk ko aku neh..he2

Mohd Shahir Shamsudin said...

sedapnya. nak sket kak, boleh? hihi

Lieya said...

Adoyaiiiii nampak sangat la sedappppp....