Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Friday, July 17, 2009

Dory Fillet with Lemon Sauce

wah, lama betul virtual dapur wani ni tak berasap!
sekarang wani dh masuk semester baru (semester 1) pengajian tahun 2009/2010. tahun ni ialah tahun pengajian wani yang ke-3 di IIUM. insyaAllah ada lagi 1 tahun utk bergelar graduan, Allah al-musta3aan~

bila dh mula semester baru, jadual baru yang disusun sendiri. sengaja wani pilih kelas pagi sahaja untuk semester ni supaya di sebelah petang boleh balik awal untuk berbuka dengan family di rumah. dan petang juga waktu untuk istirehatkan badan yang penat berkejaran ke kelas setiap hari dari seawal pukul 8am hingga 2pm. dan kebiasaanya selepas kelas wani terus pulang ke rumah. penat, penat. kelas bukan dekat. tapi, sekaranglah waktu untuk merasa semua tu. ulama2 dahulu semuanya berkorban untuk ilmu. sekarang, ilmu pun di hujung jari (eh??). ada masa perlu untuk keluar, ada kala hanya dengan menekan butang keyboard sahaja. alhamdulillah.

dan bila dh masuk semester baru ni, masa pagi hingga tengahari dihabiskan di kampus. breakfast mesti di rumah. secawan kopi radix dan roti/biskut. itu kewajipan. hatta kalau bersahur pun mesti kopi radix (selepas kurma, air masak dan sebagainya)! bukan ketagih ya. tapi, minum dan makanlah makanan yang berkhasiat. kopi radix mengandungi 0% cholestrol! apa lagi? mai sechawen! hehe.
untuk lunch wani terpaksa makan di kampus dengan kawan-kawan atau seorang (tapau, n makan di rumah). hehe. jadi, aktiviti mengasapkan dapur di rumah ni hanya untuk minum petang dan dinner. kadang-kadang tak berasap langsung! sebab yang tinggal hanya wani dan mama. masak pun ala kadar. kalau malas sgt, keluar lah dinner western di kaki lima jalan di taman sri gombak ni. jgn ingat western food kt kaki lima tak sedap! gerai yang kami selalu pergi tiap tahun ni dah lebih 10 tahun 'hidup' di kaki lima jalan. best!

untuk minggu pertama ni wani keseorangan di rumah, memandangkan mama pulang ke kampung atas urusan keluarga dan abah pula yang workaholic, outstation di merata negeri. jadi, mmg dapur tak berapa nak berasaplah! tapi malam tadi wani teringin sangat nk makan ikan dengan lemon. dh lama usha resipi salmon bersos lemon dari kak nannie yang pandai smocking and sewing ni. tapi ikan dory (kawan nemo tu - yeke?) aje yg ada dlm freezer (dh lama lah beli ikan ni, keras kejung je dia duk dlm freezer tu). banyak bahan yang tak ada kt dapur wani untuk hasilkan sos lemon mcm kak nannie buat. so, pandai2 sendiri lah.

so, terhasil lah Dory Fillet with Lemon Sauce.

dory fillet with lemon sauce 2

Dory Fillet with Lemon Sauce (serves 1)

Bahan-bahan:
  • minyak zaitun secukupnya untuk goreng ikan (bukan deep fried)
  • Isi ikan dory dari seekor ikan dory (apa punya ayat daaa)
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • serbuk paprika
  • sayur asparagus - ikut suka

Bahan Sos Lemon (adapted version of kak nannie's recipe)
  • 2 ulas bawang putih - potong kecil2
  • 2 sudu teh minyak zaitun
  • 1/2 cawan susu low fat (bukan low fat pun boleh)
  • herba thyme kering
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 biji air perahan lemon

Cara memasak:-
  1. untuk ikan: perap ikan dory dengan garam, paprika dan serbuk lada hitam untuk 10 minit.
  2. panaskan minyak zaitun, goreng ikan dory hingga sedikit garing. balik-balikkan dan angkat ke dalam pinggan.
  3. goreng asparagus dalam baki minyak yang diguna tadi. goreng sebentar sahaja untuk elakkan sayur layu. letakkan asparagus bersebelahan dengan ikan.
  4. untuk sos: panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan sus dan herba thyme. biarkan susu mendidih. masukkan garam dan air perahan lemon.
  5. curahkan sos lemon ke atas ikan mengikut kesukaan masing-masing.
  6. makan ketika masih panas! wallaa~ alhamdulillah ^___^


dory fillet with lemon sauce


i almost forgot to say thanks to kak nannie for these 'awards'.
tak dak invitation to red carpet ke kak? hehe

7 comments:

Ummu Mishkah said...

dah bukak sem yer.. bila nak ziarah library tingakt 1 ni? hihihihihi
pandai sungguh wanie masak.. respek ah.. masih belajar tapi pandai masak, siap masak lagi utk dinner tu.. :)

geraugebang said...

Aslm. Ini kak gerau. Sedapnya nampak makanan tu. Dory? Eh teringat cerita kartun ikan tu. Finding Nemo.

syazwaniadnan said...

hehe. sem ni sungguh sibuk. dan kadang2 buat2 sibuk :p hehehe

alaaa akk.. wani masak simple2 buleh la.. gulai2, masak lemak tu, kadang2 terkial2 juga :) hehe :D

syazwaniadnan said...

kak gerau.. thanks sudi singgah sini.
ikan nemo tu boleh masak tak agak2 ye? hehe :-)

Anonymous said...

Bestnye ikan nie... ada asparagus plak tue... sangat sihat makan cenggini..:)

Suzi said...

salam kenal,

sy mencuba resepi dory ni utk lunch tadi...thks berkongsi resepi. :)

syazwaniadnan said...

waalaikumussalam suzi,

terima kasih sudi cuba resipi ni :)

salam ukhwah juga buat suzi..