Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Tuesday, October 13, 2009

Fruit Cocktail Pudding || Puding Buah Koktel

Buat pudding ni untuk iftar dan eid gathering dengan sahabat-sahabat di kampus. alhamdulillah, the pudding was so nyam nyam. licin. hehe. pesen masuk bakul angkat sendiri! ada sahabat yang bertanya tentang resipi ni. silakannnn =] resipi ni pun dah di alter sket2. hehe

Fruit Cocktail Pudding

Fruit Cocktail Pudding || Puding Buah Koktel
Source: Pending

Bahan-bahan:-

  • 1 paket agar-agar (25 gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air (Setelah dicampur dengan air buah yang ditapis)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail

Cara-Cara:-

  1. Tapis fruit cocktail. Sukat air buah yang ditapis. Cukupkan menjadi 4 cawan air.
  2. Masak agar-agar dengan no (1) beserta gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Bila campuran agar-agar telah larut, angkat dan tapis ke dalam periuk lain. Masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan campuran telur dan tepung kastad.
  5. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar.
  6. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.


Fruit Cocktail Pudding Tiny Bites
senang makan kalau buat bite size =]

6 comments:

kucingorengemok said...

tgk fb gambor ni, tgk blog gambor ni... adakah ini tanda-tanda nak kena buat sendiri? hehe

MamaFaMi said...

Uish menggoda sungguh pudding bite size tu... kaya dengan buah-buahan. Mesti sedap nih...

blogresipi said...

Alahai sedapnye... bile kite nak ade kastad jugakkk nieee??? huhuhuh

MamaFaMi said...

Mama dah buat dah... memang sedap, tapi mama adalah buat a few adjustments. Thanks Wani, for the recipe!

Yan said...

suka puding ni ...

Anonymous said...

hye, mommy to be jugak ker..sy due februari 2012. awal sebulan dr syazwani.. erm sbb peknen teringin nk mkn mcm2 la sy cr blog2 resepi ni..n puding fruit cocktail nih mmg nmpak menarik..will try it.. hehehhe