Tiramisu - wani's method. hehe
Bahan-bahan Filling (ganti kepada mascarpone cheese):
- *225gm cream cheese
- *3 tbsp sour cream
- *2 tbsp whipping cream (atau heavy cream)
- 250g whipping cream
- 120g gula castor (ikut kesukaan masing2)
Bahan Biskut:
- 2 bungkus biskut ladyfingers (kurang atau lebih)
- bancuhan kopi (3in1 atau serbuk kopi sahaja-ikut kepekatan yg disukai)
- Serbuk Koko/serbuk chocolate (juga boleh digunakan utk dilapiskan antara lapisan cheese - ikut kesukaan)
Cara Penyediaan:
- Filling:- satukan bahan bertanda (*) kedalam blender. kisar semua bahan hingga sebati dan tidak berbiji-biji. tuangkan adunan cheese td ke dalam mangkuk mixer.
- sementara itu, dalam mangkuk bersih, putar 250g whipping cream dan gula sehingga kembang. uji dengan menterbalikkan mangkuk adunan - whipped cream tak jatuh dan tak mudah bergerak/cair.
- keluarkan adunan cream cheese dari blender/food processor ke dalam mangkuk lain. masukkan sedikit demi sedikit adunan whipped cream ke dalam adunan cheese. kaup balik secara perlahan. jangan overfolding.
- Biskut:- celupkan biskut sekejap ke dalam bancuhan kopi td. jgn rendam terlalu lama, nanti berair pulak tiramisu. boleh juga cara ini: susun biskut dalam bekas/loyang. renjiskan bancuhan kopi ke atas biskut sehingga biskut basah sedikit sahaja.
- susunkan biskut yg telah dicelup ke dalam loyang kek atau bekas dessert. lapiskan dengan adunan cheese. taburkan serbuk koko di atas adunan cheese. kemudian, susunkan lagi baki biskut yg telah dicelup ke dalam bekas, dan lapiskan dengan adunan cheese. dan taburkan serbuk koko ke atas adunan cheese yg kedua. ulang sehingga adunan cheese dan biskut habis. dan hiasi lapisan paling atas dengan serbuk koko, mengikut kreativiti masing2.
- sejukkan tiramisu dalam petisejuk selama paling kurang 4jam. taburkan serbuk koko/chocolate sebelum dihidang.
From || Sesedap Rasa Jee || |
selamat mencuba! ^^,
18 comments:
salam wani..akak suker tapi anak-anak tak suker.. nak buat camner..
kak ina, akk buat aje.
lepas tu bg jiran2. hehe :)
tbsp ape yerk?
bru nk belajar basic...
anony,
tbsp refers to tablespoon a.k.a sudu besar a.k.a sudu makan
tsp refers to sudu teh a.k.a sudu kecil.
anything confusing u, don't hesitate to email me @ syazwaniadnan[at]gmail[dot]com
thanks for visiting ^_^
ala x reti la klu nk sukat guna gram...
salam tuan rumah : thanks for the recipe..pasni boleh try..hehhe...biskut ladysfingger tukat kedai2 kek ada jual tak? kat giant, econsave ada tak?
liyana : awk blh beli penimbang tu..baru rm15 yang murah..so awk jadi reti nak sukat..
sy akan cuba^^
liyana: nanti saya cuba convert from gram to cup ye :). or awak boleh google sahaja. rasanya di allrecipes.com ada how to convert ingredients measurement..
norashikin: wani beli kt kedai2 yang jual bahan2 kek.. kalau tak ada, boleh ganti kek gulung/span coklat kemudian sapu/basahkan (sedikit) kek dengan air kopi. atau terus guna kek gulung/span perisa kopi.
hanieyDaniella: silakan mencuba ye.. ada apa2 masalah boleh tanya/bincang ngan saya ye.. nanti share the result, k :)
Salam tuan rumah...saji cooking oil share resipi awk di twit..:) sedaplah..:) sedapnyaaaa...!!:) tanx for sharing
mane nk carik sour cream?? leh gantikn ngan limau nipis or lemon tak?
Anony, boleh ganti sour cream dgn plain yogurt ye ;)
Tq for the recipe. Dah Cuba dah... Sedap. Yg lain sikit sebab Ada sour cream.
balik kelas nanti nak try lah (^_^)
nak try... x penah mkn tiramisu cake...tingin nk cuba. thanks for the recipe
Salam...tumpang tanya, biskut ladtfingers tue boleh ganti dgn biskut marie perisa kppi juga kan?saya dah try..ok la...tue yg tnya..sebab x pernah try guna biskut ladyfingers :)
waalaikumussalam warahmatullah.
yes, boleh guna biskut marie perisa kopi juga. tp of course rasanya lain sikit sbb biskut ladyfingers tu tebal, so rasa dia macam kek la. tp biskut marie nipis. after all, still worth it jgk kan? :)
terima kasih sudi cuba ^_^
waaa.tq for the recipe..
mesty kne cuba lepas niy.. (",)
Sdap...mmbe siap buat jual g...
Post a Comment