Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Tuesday, May 4, 2010

Stik Ikan Tenggiri

resipi ni senang je. tak perlu kan bahan-bahan yang susah.  sekarang kan inflasi nasi(carbs)! he he


Bahan-bahan:
  • 2 ketul Ikan tenggiri (steak)
  • 0.5 cm kunyit hidup
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam (kisar sendiri/tumbuk halus)
  • minyak zaitun/minyak masak


Cara-cara:
  1. Basuh ikan tenggiri. lapkan lebihan air dengan kitchen towel.
  2. campurkan semua bahan perapan, lumurkan pada ikan. perap lebih kurang 15 minit.
  3. panaskan oven pada suhu 200C. bakar ikan selama 15 minit atau hingga masak.
  4. keluarkan, dan hidangkan bersama sayur-sayur yang di-stir-fry.




boleh jugak kalau nk buat sos mudah macam wani cuba ni.

Sos mudah:
  • 3 sudu besar yogurt
  • 1/2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam


cara-cara:
  1. campurkan semua bahan, curahkan ke atas ikan.
  2. siap! boleh makan. baca basmalah dulu ya ^___^


2 comments:

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Wani...

Sedapnya nampak stik tenggiri Wani ni. Tapi kalau baru nak mulakan era inflasi nasi ni... macam bercintaaaaaa je... tak tahan godaan la...

|| syazwaniadnan || said...

he he. mmg kena tahan godaan sket la ma..kadang2 kantoi, ada jugak masa wani amek carbs. tp rasanya ok je tak makan nasi. mula2 mmg menggigil. tp once u're used to it, nasi pun xpandang! he he

wani suka atkins sbb boleh makan sayur n lauk banyakkkk :D