Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Wednesday, April 13, 2011

Black Forest Cake

Bismillah..
Assalamualaikum semua, dh lama wani tak kongsi apa2 kt blog yea, skrg tgh sibuk sikit dengan final exam. tambahan lagi wani final year student, jadi, kena buat lebih baik, agar ada kenangan indah yg terakhir di Universiti! doakan wani ye.
di samping sibuk dengan final exam sebagai final year student, wani pun sibuk sikit dengan urusan perkahwinan seseorang.. hehe.. doakan agar Allah permudahkan urusan perkahwinan utk dia ye!

ok, ni gambar Black Forest Cake - produk terbaru dalam list - yang telah ditempah oleh kawan wani dari Labis, Johor. tempahan ni dah lama, masa cuti raya cina haritu.. skrg baru wani sempat kongsikan resipi dan gambarnya.. kredit resipi kepada k.nina of Sweet lilly's Kitchen dan k.zana of Zanazman :)

selamat mencuba! ^__^



KEK SPAN COKLAT

Recipe by: Sweetlilly Kitchen

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred b
  • 170gm gula kaster
  • 1 sudu teh ovalette 
  • 100gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
  • 40gm serbuk koko
  • 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

Cara-cara:
  1. Putar semua bahan (kecuali minyak/mentega cair) sehingga adunan betul2 kembang.
  2. apabila adunan betul2 kembang, tuangkan minyak/mentega cair ke dalam adunan, dan sebatikan dengan cara kaedah kaup balik.
  3. tuang adunan ke dalam loyang berukuran 8 inci. 
  4. bakar pada suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit api atas bawah.


Utk dijadikan blackforest
Recipe by: Celoteh Zanazman


Bhn jem:
  • 1 tin dark pitted cherry - asingkan air dan buah, simpan sedikit air utk dibasahkan atas kek span
  • 2 sdb tepung jagung


Cara-cara:
  1. Masak kedua2nya plus air dia skali sampai pekat.


Untuk coating:
  • beat whip cream sampai tahap sesuai utk disapu kat kek.


Untuk hiasan:
  • coklat parut
  • coklat urai
  • ceri maraschino


Cara penyediaan Black Forest Cake:
  1. Pastikan kek coklat betul2 sejuk (untuk elakkan krim putar mencair), potong 2 lapis or 3 lapis. 
  2. renjis setiap lapisan kek dgn jus buah ceri. 
  3. sapu first layer dgn whip cream, then letak jem dark ceri tu. 
  4. letak another layer dan ulangi cara #3. 
  5. salut kek dgn krim putar. 
  6. tabur coklat parut kat atas kek dan coklat urai tabur kat tepi. 
  7. paip sedikit krim putar di atas kek, dan hias dengan ceri maraschino.

Feedback dari kawan wani:
kek dah sedap, cuma kering ja. 
hmm, mungkin wani perlu lebihkan air cherry utk basahkan kek. atau, perlu tukar dari sponge cake ke moist chocolate cake. i'll give it a try soon, insyaAllah! ^__^ terima kasih dik kerana memberi kepercayaan pada akk untuk cuba buatkan kek ni utk awk ye ;)

8 comments:

yanie anuar ~ putrajaya said...

sedap ni, pas i nak kena try buat...singgah n follow

syazwaniadnan said...

cuba, jangan tak cuba..
mungkin akk boleh cuba guna resipi choc moist cake yang ni: http://jommainmasakmasak.blogspot.com/2008/04/rich-choc-moist-cake.html (recommended). atau akk ada resipi lain yg akk suka, pun boleh..

happy baking, kak! ^_^

terima kasih sudi follow n singgah blog wani ye kak :)

Moonirah said...

bestnye awak wt kek black forest..kite pun tak smpi level tu lg..hehe..gud luck try resipi best2 :)

syazwaniadnan said...

mun, kalau xde org order, mmg sampai bila2 pun sy xkan give it a try.. tp, alhamdulillah, dengan org order ni, adelah pengalaman sikit. hehe

mun, cuba lah ye ^_^

Ijan said...

Cantiknye kek blackforest ni... ni memang favourite cake alau ada besday sapa2 dirumah mak kat kampung :)

Unknown said...

cantiknya kek ni..

Anonymous said...

nak tanya..
cra pnyediaan cake black forest yang potong 2lapis/3lapis tu mcam mne ye?

Kelip Kelip Comel said...

wow..bestnyer kek ni....nk try buat la nnti...jom la singgah jenjalan blog kiter