Pengganti Kepada Gula Putih - Gula Asli Dari Daun Stevia. Klik untuk Info

Promosi Magic Cookies Maker / Mesin Mee / Mesin Pasta / Mesin Tart, Biskut Raya, Cookies!!

Magic Cookies Maker a.k.a Pasta Maker a.k.a Mesin Mee, a.k.a Mesin Tart Gulung

berminat? jangan tunggu lama-lama. boleh email wani di: syazwaniadnan@gmail.com

Saturday, June 6, 2009

Cream Puffs

2 minggu lepas (b4 mama ke umrah), mama minta wani buatkan cream puff utk seorang cikgu di sekolahnya yang kempunan nk makan cream puff. tp masa tu dia tgh sarat mengandung, tunggu masa nk meletop je. jadinya malas nk berlama-lama kt dapur. kebetulan wani dh lama tak buat cream puff ni.

bila ada lebih, kami bawa cream puff ni sebagai buah tangan utk anak2 pemilik sekolah tahfiz di kawasan ni. anaknya mmg suka cream puff. tiap kali keluar jalan-jalan, mesti mintak kt umminya supaya belikan cream puffs. tp kebanyakannya yg dijual tu di kedai cake milik org bukan islam. jadi, dah lama lah budak kecik tu mengidam. rezeki awk la ye dik =) senang aje nk buat nya.

Cream Puffs

Dalam 'buku resipi' wani ada 2 resipi utk cream puff (krim paff). dua-dua senang dan menjadi. tp resipi Cream Puff yang dikongsi oleh kak Yani (tokey MyResipi.Com) tetap menjadi pujaan lidah. hehe.

Cream Puff (10 biji medium/large size)

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur

Cara Penyediaan:
  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Sejukkan adunan di bawah kipas. boleh juga putar sebentar adunan dengan mixer supaya adunan menjadi kecil - untuk mempercepatkan proses penyejukan.
  6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat. pada step ini, harus berhati-hati dengan size telur ayam yg digunakan. adunan haruslah tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair. jika adunan terlalu cair, cream puff tidak akan mengembang selepas keluar dari oven. sebaliknya jika adunan terlalu kental/pekat, kulit cream puff akan keras.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm. wani pipekan kecil sedikit dari duit 50sen. jangan terlalu tinggi.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim


Inti Krim Kastad

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 1 cup susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar menteg/marjerin

Cara-cara

  1. di dalam mangkuk, gabungkan tepung jagung, tepung gandum, tepung kastad dan gula.
  2. masukkan telur. pukul hingga tidak berketul. masukkan susu, kacau sebati.
  3. panaskan adunan atas dapur. gunakan api sederhana. kacau sentiasa untuk mengelakkan adunan berketul dan tidak sekata.
  4. apabila adunan agak likat, masukkan mentega/marjerin.
  5. kacau hingga adunan nampak licin dan berkilat.
  6. sejukkan sebelum digunakan.
isikan inti kastad ke dalam kulit cream puffs. dan pipekan sedikit coklat cair di atas nya. wallllaaa!! sedappp.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Wani,
Boleh tak noor nak tanya sikit....napa kita kena spry dengan air keatasnya sebelum di bakar ye.

syazwaniadnan said...

Wslm, kak Noor :)

ni wani quotekan semula kata empunya resipi tentang kenapa perlu spray air pada doh cream puff:

24-09-2006, yani komen :

joe, spray air tu untuk dapat bentuk bulat yang cantik. Kalau tak spray, cream puff tu akan jadi leper x cantik


04-10-2006, yani komen :

lepas pipe atas loyang tu, jd leper.. bila bakar dia akan kembang jadi bulat.. kalo tak kembang bulat tu maknanya kurang menjadilah. Tip nak bagi kembang ni, lepas pipe tu kena spray air..


tapi, ada juga masa yang wani tak spray pun. sbb dari pengalaman wani, cream puff akan kembang bergantung dengan kelikatan/kepekatan doh cream puff sendiri. kalau terlalu cair, mmg cream puff akan turun/leper semula selepas mengembang cantik dlm oven.

ini hanyalah berdasarkan pengalaman dr wani ^____^

Ideal Kitchen said...

Wani projek cream puff ek..hehe..Sedap ni..mana utk k.eki nih??x syok laa..sorg2 je mkn huhu...

Shakirah said...

teringat gunting cream puff ni kat tepi tangga besar uia . haha